D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

14 November 2011

Macaroni Sup


Macaroni Sup


(For 4-5 serving)

Bahan-bahan A (Macaroni):

1 peket macaroni

2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan B (Sup):

5 ulas bwng merah / 1 biji bwng besar saiz kecil

3 ulas bawang putih

1 ibu jari halia

1 ekor ayam dipotong kecil2 (dada sahaja)

1 batang lobak merah (saiz sederhan dan dihiris bulat2)

1 potong pokok kobis bunga

1 potong pokok brocolli (option... tapi kalau letak, sup jadi lagi sedap!!)

2-3 biji ubi kentang (dipotong kecil2)

1/3 peket rempah sup (campur sikit dengan air supaya jadi likat)

1 sup bunjut

2 kiub ayam know

sedikit minyak masak untuk menumis

garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

1 pokok daun sadri & bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan C (Kicap):

5 sudu besar Kicap Masin

1 sudu besar Kicap Manis

5-6 ulas cili padi (nak lagi pedas, tambah cili lagi..)

Cara2 membuatnya:

A. Macaroni

· Rebus air dalam periuk hingga mendidih.

Lepas tu masukkan macaroni tadi ke dalam air yang mendidih tu bersama-sama minyak. Tujuannya supaya macaroni tu tak melekat dengan periuk tadi. Tunggu
Photobucket

· sambil kacau macaroni tu sampai jadi lembut.

· Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu dalam penapis sambil dibilas dengan air paip/air sejuk. Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan tak melekat.

B. Sup

· Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong hingga wangi dan kekuningan.

· Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan dengan air tadi dan ditumis.

· Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air hingga paras ¾ periuk tadi.

· Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke dalam periuk dan biarkan ubi kentang empuk dan sup tu mendidih. (In between nak mendidih tuuu.. masukkanlah garam, pak aji, kiub ayam know dan rempah-ratus tambahan contohnya lada hitam kalau nak sup tu pedas sikit. Kalau nak rasa manis2 sikit..letaklah gula.)

· Bila dah mendidih dan kentang pun empuk, masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi - kobis bunga, lobak, dan broccoli.

· Bila sayur-sayuran tu dah masak, bolehlah dihiaskan dengan sedikit bawang goreng dan daun sadri bagi menambahkan wangi pada sup tu..

C. Kicap

· Potong cili padi ikut suka sendiri. Hiris bulat2 pun boleh. Kemudian, campurkan cili bersama-sama kicap masin dan manis tadi.

· Kalau nak blendkan cili bersama kicap pun boleh. Ikut selera sendirilahhh...

Photobucket

Tips:

1. Bila nak makan nanti baru campurkan macaroni bersama sup dan kicap tuuu... tak dinasihatkan campur macaroni bersama sup tu sebab macaroni tu nanti serap semua air sup tu..

2. pun boleh... saya kalau masak main campak2 ajer...nanti adjustlah ikut selera masing2.. :-)


SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog