Nasi Beriyani
Bahan-bahan
2 pot (tin susu) beras Basmathi
1 labu bawang besar
1 tin kecil minyak sapi
garam secukup rasa
1 paket rempah beriyani Adabi
Cara-cara memasak
1. Tumiskan minyak sapi dengan bawang besar yang dipotong kecil-kecil. Masukkan air secukupnya (dalam 2 pot tin susu).
2. Apabila air sudah mendidih masukkan beras basmathi, rempah beriyani serta garam. Kacau dan masak seperti memasak nasi biasa.
3. Untuk hiasan taburkan bawang goreng dan buah kismis.