Satay Ayam
Untuk Ayam Satay
1 ekor ayam 2kg yang disembelih halal (dipotong 12 ketul)
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Untuk kuah Satay
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
1 cawan gula pasir
2 liter air putih
5 camca teh garam
5 gram bunga lawang
5 gram kayu manis
5 gram buah pelaga
5 gram bunga cengkeh
100 gram bawang merah (diblendkan hingga halus)
50 gram halia (diblenkan hingga halus)
200 gram cili kering (direbus + diblendkan halus)
100 gram minyak masak chap buruh
Untuk Pembakar
1 Alat pembakar yang bersih
2 kilo kayu Arang
Minyak Masak chap buruh dicampur dengan Air Perapan Ayam
2 batang Serai (untuk brush~diketuk dan diikat seperti brush bulu)
Mancis Api
Kipas
Cara membuat
1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Ayam Satay
2. Kuah ; ditumiskan kesemua bahan tumisan
3. Masukkan kacang bila cili yang ditumis mula pecah minyak
4. Masukkan Air
5. Bila mendidih masukkan garam dan gula
6. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
7. Bakarkan Ayam Satay hingga Masak
8. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
9. Kilatkan AYam dengan Air Perapan dan Minyak dengan brush Serai bila perlu
10. Ayam Satay Akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
11. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi