Sambal Goreng (Madura)
Bahan-bahannya
1kg paru
500g hati
1kg udang
10 biji bawang besar (dimayang halus)
10 batang lada merah (dipotong serong nipis)
30 batang lada kering (digunting seorng nipis)
10 biji bawang putih (dimayang halus)
belacan
air asam jawa
garam
serbuk perasa
1 packet santan pekat (sukatan terpulang pada anda)
minyak untuk menumis
Peraturannya
1. Rebus paru sampai empuk. Rebus hati jangan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
2. Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga betul-betul layu. Masukkan lada merah dan lada kering dan tumis hingga minyak bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
3. Kemudian masukkan paru dan hati. Setelah sebati masukkan santan.
4. Bilamana masakkan menjadi pekat, masukkan udang, kemudian masukkan asam bersama belacan, garam dan serbuk perasa. Masak sampai betul-betul pekat.
Sedap dimakan bersama ketupat, lontong atau pun roti.