D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Ogos 2011

Kenali Rusa

Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya. Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon), sambar (Cervus unicolor), red deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), chital (Axs-Axis), dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia. Antaranya ialah:
Timorensis (Exotic):
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis.
Sambar:
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.
Axis-Axis:
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000 ke atas dan harganya yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini menyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.


Daging Rusa Untuk Di Jual http://rusaglobal.blogspot.com/2011/08/daging-rusa-untuk-dijual-sempena.html

Harga Terkini Pendrive Ogos 2011

harga terkini pendrive bulan ogos 2011 di sekitar Pulau Pinang/Perak/Kedah


4GB Kingston DT101 = RM 20-22
4GB Kingston DT100 = RM 19-20
8GB Kingston DT101 = RM 31-33
16GB Kingston DT101 = RM 61-63


KINGMAX PD-02 4GB = RM 19-20
KINGMAX PD-02 8GB =RM 31-32



15 Ogos 2011

Homestay berdekatan UMT dan Unisza

Location : Kuala Terengganu, Terengganu

$ 250.00

Sebuah penginapan muslim ekslusif di tepi pantai, berdekatan dengan UMT dan UniSZA, suasana yang tenang dan sejuk, dapat menikmati udara pantai yang nyaman, segar dan bersih, ‘PROBIMA HOMESTAY BAGAIKAN RUMAH SENDIRI’

PROBIMA HOMESTAY

Lot 29308, Kg. Mengabang Telong, Jalan Pantai, Batu Rakit

21020 Kuala Terengganu, Terengganu.

klik sini untuk info penuh

14 Ogos 2011

Herba Homestay Di Melaka


$ 120.00

Herba Homestay di hiasi dengan Pokok Halia, Aloe Vera (Lidah Buaya) , Limau Purut, Pokok Kari, Cili Besar dan pelbagai pokok lg..

Harga serendah Rm120 utk hari biasa...

~~~Rasai kelainan di Herba Homestay ini~~~

Hari bermula dari Rm130 untuk hari biasa......

~~KEMUDAHAN~~

klik sini untuk info lebih lanjut

13 Ogos 2011

Homestay di Tangkak Johor



Contact Raudah
Phone: 017-6673039
Location : Johor
Visit Website

$ 100.00

Homestay atau Rumah penginapan sementara di TANGKAK. Rumah 2 tingkat, mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air, terletak di TAMAN GUNUNG MAS TANGKAK JOHOR.
Klik sini untuk lebih detail

Pelajar Cipta Alat Penentuan Arah Kiblat Untuk Golongan Istimewa


BIARPUN memiliki kekurangan, tidak dapat melihat namun ia tidak menjadikan orang buta terus mengalah dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian mereka.

Malah golongan kelainan upaya tersebut memiliki deria sentuhan serta pendengaran yang lebih sensitif berbanding orang normal.

Justeru mereka perlu berusaha dua kali ganda dalam menjalani kehidupan seharian yang mana ia menjadikan mereka lebih tabah dan cekal.

Namun, bagi Yawila Samae, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berasal dari Bangkok, Thailand ini keperluan bagi membantu golongan kelainan upaya yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah diutamakan.

Ujarnya, antara kesukaran yang dialami oleh golongan ini apabila mahu menentukan arah kiblat untuk mendirikan solat.

Justeru, Yawila hadir dengan sebuah alat yang boleh membantu golongan tersebut untuk menentukan arah kiblat dengan cepat dan tepat.

"Dikenali sebagai Penunjuk Kiblat, penggunaannya adalah melalui konsep Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan berkonsepkan alatan pelbagai guna.

''Alat ini mampu menentukan arah kiblat, waktu solat dan kegunaan berzikir," katanya ketika ditemui di Pameran Kajian Reka Cipta dan Inovasi UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Biarpun ia hanya merupakan konsep semata-mata tetapi penunjuk kiblat elektronik boleh dibangunkan menjadi alat sebenar sekiranya ada pihak yang berminat untuk tujuan komersial.

Jelas Yawila lagi, alat tersebut hanya menggunakan bateri dan perisiannya boleh dinaik taraf selain dilengkapi dengan pembesar suara dan butangnya arahannya menggunakan tulisan braille untuk kegunaan orang buta.

''Alat ini juga bukan sahaja untuk kegunaan mereka yang memiliki kekurangan deria penglihatan semata-mata, malah ia juga turut sesuai digunakan oleh orang biasa," katanya.

Malah ciptaan beliau itu juga berjaya merangkul pingat emas di Pameran Inovasi Antarabangsa Seoul, Korea baru-baru ini.

Apa yang jelas, Petunjuk Kiblat elektronik tersebut pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan Umat Islam sama ada daripada golongan normal mahupun kelainan upaya.


sumber : utusan

Pertandingan Hias Kenderaan & Laman Web Sempena Kemerdekaan


Hias Kenderaan
Hias Laman Web/ Blog


link pautan dari utusan online

Pemeriksaan Kereta Percuma Oleh Proton

SHAH ALAM 12 Ogos – Proton Holdings Bhd. (Proton) akan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma di tiga lokasi hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sempena 'Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia' bermula 22 hingga 25 Ogos ini.

Tiga R&R yang terlibat ialah Dengkil, Air Keroh dan Gunung Semanggol.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemeriksaan kenderaan percuma itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan jalan raya ketika balik kampung sempena hari raya nanti.

Beliau berkata, tiga lokasi R&R yang dipilih pula merupakan tambahan kepada 18 lokasi pemeriksaan kenderaan percuma Proton yang ditawarkan di semua pusat servis Proton Edar di seluruh negara bermula pada dari 15 Julai hingga 15 September ini.

``Justeru, kita harapkan dengan kempen ini ia sekurang-kurangnya mewujudkan kesedaran seluruh pengguna jalan raya untuk menjaga keselamatan masing-masing khususnya para pekerja Proton yang pulang ke kampung untuk berhari raya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan 'Kempen Keselamatan Proton 1Malaysia' di kilang Proton, Seksyen 26 di sini hari ini. - Utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog