D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Mei 2014

SETIAWANGSA - MEE BANDUNG LIPAS -8


KUALA LUMPUR -  Seorang konsultan kewangan terkejut apabila menemui anak lipas ketika menikmati mi bandung yang dipesannya di sebuah restoran terletak di Setiawangsa.

Lebih mengecewakan, hidangan tercemar itu menyebabkan dia mengalami masalah kulit.

Mohd Amin Jumberi, 42, berkata, dia memesan hidangan berkenaan di sebuah restoran ketika kunjungan pada jam 6.30 petang, Isnin lalu. BACA LAGI

biodata lengkap abby abady

Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.
Beliau turut merupakan seorang anggota asal Elite yang pertama mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut pada akhir 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim.
Beliau berlakon sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan oleh RTM - TV2.

baca lagi

29 Mei 2014

biodata sultan azlan shah

Biodata Sultan Azlan Shah Sultan Perak Ke-34

Serba sedikit menganai biodata almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Latar belakang Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah ialah;
- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi

Biodata Sultan Azlan Shah Sultan Perak Sultan Perak Mangkat
Biodata Sultan Azlan Shah Sultan Perak
Pendidikan
----------
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

26 Mei 2014

headset terlekat dlm kemaluan -8



Doctors remove headphone wire jammed into Shenzhen man's penis Shenzhen (China): Tidaaaak. Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.
Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.
Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.
Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.
Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.
Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.
Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan. SUMBER : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wayarfontelingatersekatdalamkemaluan/Article

pekan selama mati ?? -8


SELAMA - Timbalan Ketua Cabang PKR, Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan meminta kerajaan negeri dan Adun Bandar baharu membangunkan pekan Selama yang dilihat masih ketinggalan dari sudut pembangunan.

Menurutnya, walaupun pekan Selama, Perak hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selama Kedah, pembangunan yang terdapat di Selama Perak sangat membanggakan.

Katanya, semua ini dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat mengambil berat tentang keperluan penduduk di sini.

Menurutnya, pekan Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.

“Sejak dari dulu tidak ada pembangunan dilakukan di Selama Kedah hingga hari ini. Semua orang tahu Selama Perak jauh lebih membangun dari Selama Kedah. Apa yang ada di pekan Selama Kedah hanya deretan kedai yang diperbuat dari kayu hasil peninggalan zaman penjajah dahulu.

"Selain itu keadaan jalan di Pekan Selama sangat menyedihkan kerana berlopak dan bertampung. Ini membuatkan permukaan jalan tidak rata dan boleh mengakibatkan kemalangan.

"Masalah rakyat di Bandar Baharu harus dihalusi dan diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membangunkan Selama.

senarai penuh barisan FAM 2014 - terkini

BERIKUT senarai barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM hari ini:
  
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
  
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
  
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
  
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)

- Bernama

25 Mei 2014

URUT SAMBIL TAYANG BUAH DADA - KUALA LUMPUR -8






Pelanggan lenguh kaki mengambil keputusan untuk diurut kakinya di premis di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia kemudian terkejut dengan halwa mata dipersembahkan oleh gadis Thailand bertugas.

Menurutnya, tukang urut warga asing itu tidak menawarkan khidmat seks. BACA LAGI

RAMAI ISLAM MALAYSIA TERMAKAN BABI - KECOH

Berita 2 produk Cadbury disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, mengandungi DNA babi, porcine, kini viral di laman sosial.

Klik di sini.

Berita sama dimuatkan di Buletin Utama TV3. BACA LAGI

24 Mei 2014

Sains di sebalik Israk, Mikraj

SABAN tahun tatkala melangkah masuk Rejab, sejarah penting yang berlaku dalam bulan ini antaranya peristiwa pengembaraan dan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW untuk menemui ALLAH SWT (Israk dan Mikraj). Terlampau banyak hikmah yang boleh diteladani dalamnya.

Dalam peristiwa yang berlaku usai solat Isyak, Baginda SAW berada di Masjidilharam dibawa ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin kemudian menaiki buraq terus ke langit ke tujuh, semuanya berlaku dalam tempoh satu malam. Maha Besar ALLAH, Tuhan sekalian alam!


Tahun kesedihan Baginda SAW

Pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud menjelaskan, dalam riwayat dan pengkajian kebanyakan ulama sejarah, antara faktor berlakunya peristiwa Israk Mikraj adalah kerana ALLAH berkehendak memujuk kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana pada tahun berkenaan juga menjadi tahun kesedihan bagi Rasulullah SAW.  Dalam tahun yang dikenali sebagai aamul hazni (tahun kesedihan), Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang dan mempunyai peranan sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu pemergian isteri tercinta, Siti Khadijah binti Khuwailid serta bapa saudara yang memeliharanya semenjak kecil lagi iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib.

"Pemergian kedua-dua insan penting ini berlaku dalam keadaan kehidupan Rasulullah SAW dan golongan sahabatnya penuh dengan tekanan, pemboikotan dan banyak menerima ancaman bunuh daripada golongan kafir Quraisy ketika itu.

"Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja sebagai faktor pujukan ALLAH terhadap Rasulullah SAW semata-mata. Sebaliknya, ia juga adalah saat di mana kefarduan ibadat solat lima waktu disuruh ALLAH dan beberapa gambaran simbolik berkaitan azab dan nikmat pada hari akhirat nanti," katanya kepada Rehal.

Menurutnya, malah peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah satu ujian kepada golongan sahabat yang pernah beriman dan mengikuti Rasulullah SAW.

Dalam riwayat sejarah yang lain ada menyatakan terdapat sebilangan daripada mereka telah murtad dan keluar daripada agama Islam hasil daripada perjalanan Israk dan Mikraj kerana ketidakpercayaan mereka kepada peristiwa luar biasa yang tidak mampu diterima akal. BACA LAGI

23 Mei 2014

MISTERI 3 EKOR LEMBU DLM TOYOTA UNSER

TEMERLOH – Tiga lelaki yang bertindak melarikan diri secara tergesa-gesa menimbulkan misteri kepada penduduk Kampung Badok di sini apabila penduduk menemui tiga lembu diikat dan disumbat dalam kenderaan pelbagai guna Toyota Unser di tepi jalan Temerloh ke Rumpun Makmur di sini, semalam.

Tiga lelaki tersebut pada mulanya telah melanggar pagar kediaman dan warung seorang penduduk Kampung Sanggang Seberang kira-kira satu kilometer dari tempat kereta tersebut ditinggalkan kira-kira jam 7.30 pagi semalam. BACA LAGI

TONTON FILEM ABANG LONG FADIL

22 Mei 2014

TEROWONG BERKEMBAR DI SABAH RM66 JUTA

KOTA KINABALU - Sabah melakar kejayaan dalam pembangunan infrastruktur dengan pembinaan terowong berkembar pertama dari Jalan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Pelabuhan Sepanggar yang dijangka siap April tahun depan.

Terowong berkembar dinamakan 'Terowong Pelabuhan Sepanggar' bernilai RM66 juta itu masing-masing sepanjang 600 meter dilaksanakan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mengaplikasikan konsep teknologi hijau. BACA LAGI

GAMBAR PELAKON SHARIFAH SHAHIRA KEMALANGAN

KUCING BAWA BLK GANJA MAMPAT KE RUMAH

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Seorang wanita terkejut apabila kucingnya membawa pulang beg plastik berisi ganja seberat lima gram ke pintu rumahnya di St Ashmore, New Zealand.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Fluffy itu segera menghubungi polis sejurus mendapat tahu kandungan plastik berkenaan, lapor BBC.

“Saya sangka ia membawa balik bangkai tikus atau burung tetapi selepas diperiksa ia adalah ganja mampat,” katanya.

Pegawai polis Dunedin, Reece Munro berkata, nilai ganja berkenaan sekitar NZ$150 (RM445) dan siasatan masih dijalankan.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/global/kucing-bawa-5-gram-ganja-mampat-1.282528

21 Mei 2014

SI KEMBAR MATI BERSAMA

SOMA - TURKI. Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.

Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa. BACA LAGI

20 Mei 2014

PENJENAYAH BOGELKAN MAGSA - MELAKA

BANDARAYA MELAKA - Bagi mengelakkan kegiatan jenayah samun mereka dilaporkan polis, sekumpulan lebih empat lelaki sanggup membogelkan mangsa lalu merakam gambar dan mengugut untuk menyebarkannya sebelum melarikan hasil samun bernilai lebih RM76,000.

Modes operandi itu digunakan sekumpulan penjenayah bertopeng dan bersenjatakan parang yang melakukan samun dipercayai di tiga buah rumah dalam tempoh kurang tiga jam di Bukit Katil, Klebang dan Kurbong, Khamis lalu.

Dalam kejadian di tiga lokasi, penjenayah berkenaan turut  mengakibatkan seorang daripada mangsa, warga emas yang menghidap sakit buah pinggang, BACA LAGI

MH370 ditembak dalam latihan tentera ??

SYDNEY - AUSTRALIA. [DIKEMASKINI] Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan. BACA SETERUSNYA

19 Mei 2014

maybank2u .com.my






SAJIAN GHAIRAH ATS MEJA

Kuala Lumpur: Tarian seksi dengan hanya memakai pakaian dalam menjadi tarikan di dua pusat hiburan di Jalan Klang Lama di sini, yang diserbu polis Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, kelmarin.
Dalam serbuan Op Noda kira-kira jam 9.30 malam itu 69 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, 67 berasal dari Thailand dan masing-masing seorang dari Sepanyol dan Pakistan. BACA LAGI

16 Mei 2014

PENANG - BUNUH DIRI AKIBAT TEKANAN PEPERIKSAAN -8




Georgetown: ‘Mak, ayah, jaga diri baik-baik’.
Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam. BACA LAGI

15 Mei 2014

LAUNGAN AZAN TANDA AMARAN -88



RANTAU PANJANG – Laungan azan pada jam 4 pagi, mengejutkan penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Golok, semalam.

Laungan azan menandakan amaran kecemasan kepada penduduk, sejurus meletusnya letupan bom, sehingga membakar beberapa bangunan berdekatan Golok.

Gegaran kuat dan diselangi bunyi letupan kecil akibat letupan itu menyebabkan penduduk Rantau Panjang yang sedang tidur tersedar. BACA LAGI

14 Mei 2014

MASALAH KUTIL ? KETUAT ? DI ZAKAR

Lelaki sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, biji, kudis dan ketulan.
Sebenarnya, semua itu tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika ia memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan serta membahayakannya.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti ‘daging‚ yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau ‘warts‚.BACA LAGI

PUTRAJAYA - BAYI MATI LEMAS TERBELIT SELIMUT

Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, semalam.
Difahamkan bayi terbabit, Ammar Asyraf Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia jam 5.10 petang semalam di hospital berkenaan.BACA LAGI

BEKAS MB TERENGGANU KELUAR UMNO ??

Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi.
Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu. BACA LAGI

jertih - ustazah cabul pelajar ??

JERTIH - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu. BACA LAGI

PUSAT URUT BATIN DISERBU - VIDEO

http://www.youtube.com/watch?v=Vo-BX1ThNMQ&list=UU22UFqscznRcYicQUpmLTeg

anuar ibrahim dan azizah kemalangan -8

Anwar dan Azizah Terlibat Kemalangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terlibat dalam kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira pukul 10 malam Selasa.

Anwar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan kemudiannya dibawa untuk menerima rawatan di Hospital Pakar Damansara.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Datuk Seri Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan," katanya di Petaling Jaya, Selasa malam.

Tambah beliau, Wan Azizah yang juga Presiden PKR turut disahkan selamat.

Kedua-dua mereka kini dibenarkan pulang ke rumah.

- mSTAR



13 Mei 2014

MISTERI KUBOR KECIK DI PORT DICKSON

KAMPUNG PAYA – PORT DICKSON. Misteri sebuah kubur kecil seakan-akan pusara seorang bayi yang terletak di kawasan paya di Kampung Paya Port Dickson terbongkar apabila ia digali untuk menanam bangkai seekor anjing, semalam.

Sinar Harian mendapati, lokasi penemuan kubur kecil itu terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan penduduk kampung dan hanya 100 meter dari kawasan ladang kelapa sawit. BACA LAGI

BAYI KEMBAR LAHIR BERPEGANGAN TANGAN

OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.

Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerluka BACA LAGI

MENTERI BESAR TERENGGANU BARU ANGKAT SUMPAH

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
  
Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.  BACA LAGI
   

12 Mei 2014

kereta awie hilang

awie
Nasib nyata tidak menyebelahi penyanyi dan pelakon Awie apabila kenderaan pacuan empat roda model Mitsubishi Pajero miliknya dilaporkan lesap dilarikan pencuri ketika diletakkan di hadapan Pangsapuri Villa Danau, Danau Kota Setapak, baru-baru ini. 
 
Dalam kejadian pada jam 8.30 pagi itu, kenderaan tersebut dipandu pembantu peribadinya, Mohd Khyrull Anuar Ahmad, 30, bagi urusan kerja sejak dua tahun lalu. 
 
“Kebiasaannya saya akan meletakkan pacuan empat roda itu di dalam kawasan pangsapuri didiami. Bagaimanapun semalam (kelmarin) saya meninggalkan pacuan empat roda itu di luar kawasan pangsapuri sekitar jam 10.30 malam kelmarin. baca lagi

11 Mei 2014

zain che ta - isu gambar terlampau

SAYA tidak kisah mengenai perkara itu. Muat naiklah gambar apa-apa pun, pasti ada kontroversi juga.

"Saya dah tahu, pasti ia akan menjadi buah mulut orang ramai," komen Zain Saidin mengenai gambar romantis yang dimuat naik olehnya dan isteri Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta di laman sosial Instagram masing-masing, baru-baru ini.

Dek tindakan itu, ramai yang mengkritik mereka kerana menyifatkan gambar itu terlalu peribadi dan bukannya menjadi tatapan umum sebegitu. baca lagi

KISAH KUBUR PENDEK

Mewarisi pekerjaan orang tua sebagai penggali kubur dan terpaksa menjadi penggali kubur adalah dua situasi berbeza.
Silap percaturan, kerja mulia yang sepatutnya dipikul ikhlas boleh menjadi beban yang tiada kesudahan.

BACA LAGI

live - liputan khas penamaan calon tasek gelugor

FREE :GET YOUR TV CODE HERE

CHINA PENJARA 5 PENGHASUT MUSLIM -8





Urumqi: Lima penduduk Islam di wilayah autonomi Xinjiang dihukum penjara kerana “menghasut” orang ramai dan mengancam keselamatan negara, lapor agensi berita Xinjiang semalam.
Sumber mahkamah berkata, hukuman penjara itu ditetapkan antara tujuh dan 15 tahun.
Katanya, perbicaraan dijalankan di wilayah Kashagar. BACA LAGI

10 Mei 2014

SUAMI PANCUT HINGGA TERKENTUT ??

Saya berkahwin sebulan lalu dan i­nginkan zuriat. Namun apabila bersama isteri, saya gagal melakukan pancutan terutama pada waktu pagi. Di waktu malam, pancutan adalah normal. Ada kalanya saya terkentut. Apakah masalah saya sebenarnya? Sebelum berkahwin, saya pernah beronani dan saya juga perokok.
ZARI
Kuala Klawang, Negeri Sembilan


BACA LAGI 

ELAK JADI GELAP DAN KONTOT

Ramai yang mengalami masalah zakar berubah menjadi gelap, tidak segar, pendek dan sebagainya. Tahukah anda, ia terjadi disebabkan kelakuan anda sendiri seperti melakukan onani dan tidak menjaga alat sulit terbabit dengan baik.
Tanpa jagaan yang baik ditambah pula aktiviti onani yang kerap, ia akan memberi kesan kepada zakar iaitu kulit zakar yang lembut boleh bertukar warna menjadi kusam dan gelap. Tisu zakar juga mengalami masalah dan zakar akan menjadi lebih pendek atau kontot.BACA LAGI

duit GAJI SUAMI ABIS DIJOLI

PAKA - DUNGUN. "Perangai suami saya berubah sejak dia berkunjung ke situ, setiap kali dapat gaji, dia akan ke situ untuk berjoli dengan perempuan seksi."

Itu luahan seorang wanita yang mendakwa suaminya kerap berkunjung ke sebuah restoran, di sini, yang menyediakan khidmat gadis pelayan pelanggan warga asing.

Wanita berkenaan menghubungi Sinar Harian selepas tidak sabar dengan kerenah suaminya yang sering mabuk dan berfoya-foya dengan pelayan restoran terbabit yang turut menyediakan pakej karaoke kepada pengunjungnya. BACA LAGI

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2014/2015 - ONLINE DAN SMS

Semakan Online Keputusan UPU 2014/2015 | Calon calon lepas SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah membuat permohonan ke IPTA sesi 2014/2015 boleh menyemak keputusan pada 10 Mei 2014 mulai jam 12:00 tengahari.
Semakan Online  Keputusan UPU  2014/2015

Semakan Online  Keputusan UPU  2014

Semakan Ujian Temuduga Pengambilan Pelajar Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015

Makluman Awam

Ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk surat panggilan temuduga untuk program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah dan Sijil Kemahiran Malaysia dengan Skim Biasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi terpilih dan/atau pinjaman Pendidikan MARA/ PTPTN/ PTPK kepada pelajar lepasan SPM/STPM.

Makluman Untuk Calon STPM 2013

Semua calon STPM 2013 termasuk calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 hendaklah menggunakan keputusan peperiksaan STPM 2013 yang akan diumumkan pada minggu ketiga Mac 2014 untuk permohonan bagi kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015 (Fasa 1 : 20 Januari hingga 7 April 2014).
Calon yang menduduki peperiksaan ulangan penggal 3 STPM 2013 boleh mengemaskini permohonan pada Fasa 2 (2 hingga 6 Mei 2014) dengan syarat telah membuat permohonan pada Fasa 1.
Pada yang berjaya, tahniah! Pada yang tidak berjaya boleh buat rayuan dan ikut prosedur rayuan. Semoga semua dapat sambung belajar dan berjaya dalam bidang masing maisng. 

MAKKAH DILANDA BANJIR ?? -8

  • Makkah banjir?
2 / 2
SHAH ALAM – Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi. BACA LAGI





7 Mei 2014

BIODATA AZIZ SATAR -PELAKON PELAWAK -8





Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aziz Sattar
Aziz Sattar.jpg
Datuk Aziz bin Sattar
Kelahiran Abdul Aziz bin Sattar
8 Ogos 1925
Pakalongan, Surabaya,  Indonesia
Meninggal dunia 6 Mei 2014 (umur 88)
Kajang, Selangor,  Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon
Tahun aktif 1950-an - 2010-an
Ketokohan Lawak
Agama Islam
Pasangan 4 kali: Hashimah Delan, Siti Rumina Ahmad, Dayang Sofia dan ?
Anak 7 orang
Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan salah seorang seniman serba boleh. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.

Biografi

Beliau dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal - Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.
Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee.
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit.
Bilangan Anak :7 orang
  1. Ruzaiman
  2. Ruzaidah
  3. Ruzainah
  4. Zainuddin
  5. Dahlia
  6. Dalina
  7. Sandakiah

Persandingan Datuk Aziz Sattar dan Datin Hashimah Delan
Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog