D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Mei 2011

Video Dokumentari Penjenayah Botak Chin Malaysia

Nama sebenar ialah Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah sebenarnya Botak Chin. penjenayah ganas itu telah lahir dalam sebuah keluarga yang mempunyai adik beradik seramai 10 orang yang tinggal di kuala lumpur pada tahun 1951.

dia berhenti sekolah pada seusia remaja iaitu 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. di sinilah bermulanya botak chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kumpulan kongsi gelap yang bergelar "geng 360" yang telah menguasai kawasan itu.

botak Chin ditahan dan dihukum selama 7 tahun penjara, tetapi telah dibebaskan pada November 1974.

pada april 1975, Botak Chin kembali aktif dalam aktiviti jenayah dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin ( pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

sebulan kemudian, botak chin telah pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia telah membeli senjata api.

Awal tahun 1976, botak chin telah mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM 400,000.

Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditankap dan polis telah merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

Botak Chin ibarat pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. selepas perancangan rapi pihak polis, akhirnya pelanduk termakan jerat pada malam 16 febuari 1976.

Setahun ditangkap, Botak Chin mencatatkan sejarah dimana dia sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati mandatori.

Rayuan kepada lembaga pengampunan juga ditolak. ketika itu menunggu dihukum gantung, sebayak 2 kali botak chin telah menyerang pegawai penjara.

Pada usia 28 tahun, riwayat pengganas bernama botak chin dilabelkan sebagai penjenayah ganas dankejam akhirnya di tali gantung dipenjara pudu pada tahun 11 jun 1981



download video dokumentari kisah kehidupan botak chin

part 1- http://www.megaupload.com/?d=25QW3HWI
part 2- http://www.megaupload.com/?d=HWSH4BPH

atau

part 1 - http://www.fileserve.com/file/aUwHqhT
part 2 - http://www.fileserve.com/file/28yemQe

3 Mei 2011

Cara Masak Gulai Kambing Batang Pisang


resepi
KARI DAGING KAMBING + DENGAN BATANG PISANG ( RIYAH PISANG )

Bahan bahan
2 kg daging kambing (tanpa tulang) potong dadu
10 ulas bawang besar (hiris)
10 batang cili hijau
10 sd/ serbuk cili
2 paket rempah kari
1 kilo santan
2 inci kulit kayu manis
10 kuntum buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15-20 helai daun kari
3 sd/ biji sawi
7 biji tomato (cincang)
3 sd/tpes halia
3 sd/tpes bawang putih
minyak untuk menumis dan garam secukup nya
sedikit serbuk perasa

batang pisang yg telah diambil dan di biarkan semalaman
di siang dan di potong dan direndamkan didalam air

Cara-cara penyediaan
1.Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris hingga perang. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, daun kari dan biji sawi.Masukkan pula pes halia dan bawang putih.Goreng sebentar.

2.Masukkan rempah Kari , tambah sedikit air supaya tidak melekat.Masukkan daging kambing dan kecutkan daging dengan api yang kuat.
3. Kecilkan api dan masukkan tomato.Tutup dan masak hingga daging empuk anggaran 45 ? 1 jam.
4.Masukkan santan dan masukan batang pisang .
kacau dan biarkan mendidih masak hingga kuah agak pekat.
3.Saji dengan nasi serta lauk sampingan, begedil, ikan goreng, acar sayuran atau ulam-ulaman........

1 Mei 2011

Biodata Mohd Najib bin Abdul Razak

YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi selatan. [2]

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

* 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
* 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
* 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
* 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
* 1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
* 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
* 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR mendapat 9,798 undi -kalah .

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog