D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Mei 2011

Video Dokumentari Penjenayah Botak Chin Malaysia

Nama sebenar ialah Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah sebenarnya Botak Chin. penjenayah ganas itu telah lahir dalam sebuah keluarga yang mempunyai adik beradik seramai 10 orang yang tinggal di kuala lumpur pada tahun 1951.

dia berhenti sekolah pada seusia remaja iaitu 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. di sinilah bermulanya botak chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kumpulan kongsi gelap yang bergelar "geng 360" yang telah menguasai kawasan itu.

botak Chin ditahan dan dihukum selama 7 tahun penjara, tetapi telah dibebaskan pada November 1974.

pada april 1975, Botak Chin kembali aktif dalam aktiviti jenayah dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin ( pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

sebulan kemudian, botak chin telah pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia telah membeli senjata api.

Awal tahun 1976, botak chin telah mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM 400,000.

Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditankap dan polis telah merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

Botak Chin ibarat pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. selepas perancangan rapi pihak polis, akhirnya pelanduk termakan jerat pada malam 16 febuari 1976.

Setahun ditangkap, Botak Chin mencatatkan sejarah dimana dia sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati mandatori.

Rayuan kepada lembaga pengampunan juga ditolak. ketika itu menunggu dihukum gantung, sebayak 2 kali botak chin telah menyerang pegawai penjara.

Pada usia 28 tahun, riwayat pengganas bernama botak chin dilabelkan sebagai penjenayah ganas dankejam akhirnya di tali gantung dipenjara pudu pada tahun 11 jun 1981



download video dokumentari kisah kehidupan botak chin

part 1- http://www.megaupload.com/?d=25QW3HWI
part 2- http://www.megaupload.com/?d=HWSH4BPH

atau

part 1 - http://www.fileserve.com/file/aUwHqhT
part 2 - http://www.fileserve.com/file/28yemQe

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog