D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Jun 2014

4 POLIS DITEMBAK MATI

KAHERAH - MESIR. Empat polis Mesir terbunuh akibat ditembak di kawasan Sinai, semalam, kata sumber keselamatan, lapor Al-Arabiya.

Menurut sumber keselamatan tersebut, polis dibunuh di jalan antara bandar Rafah dan El-Arish di utara Sinai.

Katanya, polis mengesyaki kejadian itu dilakukan oleh kumpulan militan, 'takhfiri'.

Serangan itu dilakukan dengan menahan kenderaan yang dinaiki empat polis berkenaan sebelum menembak mereka.

Kejadian tersebut berlaku sejam selepas pengeboman di pinggir bandar Kaherah yang meragut dua nyawa.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/global/empat-polis-mesir-mati-ditembak-1.294780

pekerja restoran melampau

SEREMBAN – Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun. BACA LAGI

28 Jun 2014

BUKU PANDUAN PERODUA VIVA - DOWNLOAD

PAGE ERROR!!!!

dr asri nafi gambar bas mewah kembara mahkota johor

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

“Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah,” katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ibrahim pandu bas mewahbaca lagi

16 pasukan layak ke pusingan kalah mati - worl cup 2014

Kumpulan Abrazil-logo Brazil
mexico-logo Mexico
Kumpulan Bbelanda-logo Belanda (Netherlands)
chile-logo Chile
Kumpulan Ccolombia-logo Colombia
greece-logo Greece
Kumpulan Dcosta-rica-logo Costa Rica
uruguay-logo Uruguay
Kumpulan Efrance-logo Perancis (France)
switzerland-logo Switzerland
Kumpulan Fargentina-logo Argentina
nigeria-logo Nigeria
Kumpulan Gjerman-logo Germany
usa-logo United States (USA)
Kumpulan HBelgium-logo Belgium
algeria-logo Algeria
Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dari setiap kumpulan layak ke pusingan kalah mati (Round of 16)

sham kamikaze dan isteri tidak sah bernikah 2012 dahulu

Sham Kamikaze
1 / 1
KUANG - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.

26 Jun 2014

BUKU PANDUAN PERODUA KANCIL - DOWNLOAD

PAGE ERROR !!!

jdt menang bola, semua dapat cuti

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.

"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini. sumber http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/johor-cuti-esok-sempena-juarai-liga-super-1.293622

25 Jun 2014

BUKU PANDAN PROTON SATRIA , SATRIA NEO , - DOWNLOAD PERCUMA

PAGE NOT FOUND...TRY AGAIN

mistri gaya rambut terkini ronaldo

  • Ronaldo Ronaldo
1 / 1
GAYA baru potongan rambut ‘zig-zag’ bintang terkenal Portugal, Christiano Ronaldo nyata menarik perhatian dunia, selain mendapat pujian dari peminatnya, Ronaldo turut dikritik hebat.

Namun ramai yang tidak menyangka bahawa gaya ‘zig-zag’  bukan hanya menjadi fesyen terbaru penggayaan rambut pemain bola sepak tersebut tetapi ianya sebenarnya melambangkan tanda penghormatan kepada seorang kanak-kanak di Sepanyol yang terpaksa menjalani pembedahan otak akibat menghidap kanser.

Dikhabarkan,  bekas pemain bola sepak tersebut telah membiayai keseluruhan kos pembedahan kanak-kanak berkenaan, dikenali Erik Ortiz Cruz.

Pada Februari lalu, Ronaldo menyumbang sebanyak 83,000 pound sterling (RM454,844) kepada Erik bagi tujuan itu. BACA LAGI

SEJARAH PEMAIN TERBAIK PIALA DUNIA - WORLD CUP

CAWAN TERSALAH CETAK GAMBAR PEMAIN BOLA " OBAMA"

Dorset: Dia mungkin pemimpin terkenal dunia, namun itu tidak menghalang sebuah syarikat pembuat cenderahati daripada tersilap meletakkan wajah Presiden Barrack Obama pada kole yang sepatutnya tertera gambar pemain England, Chris Smalling.
Syarikat yang dirahsiakan namanya itu tidak melepaskan peluang menyediakan rangkaian cenderahati sempena Piala Dunia tetapi apabila mereka membuka bungkusan yang mengandungi 2,000 kole menampilkan wajah pasukan England, mereka sedar kesilapan berlaku.

Menyedari kesilapan itu, mereka menghantar stok itu ke syarikat jualan gudang dan penghabisan stok di Britain bagi menyembunyikan kesilapan mereka.
Namun ia tidak semudah yang disangka.

Menurut pengarah urusan syarikat jualan gudang itu, Karl Baxter, syarikat yang berpangkalan di Dorset itu berkenaan diberikan tugas mudah menghasilkan barangan cenderahati pasukan bola sepak England. - Agensi “Namun mereka menyerahkan tugas itu kepada kakitangan pelatih mereka yang baru. Rekaan itu pula diluluskan oleh ketua mereka tanpa memeriksanya dengan teliti. Hasilnya, mereka menghubungi kami dan 2,000 barangan cenderahati pasukan England dihantar ke gudang kami. Sebaik bungkusan dibuka, wajah Barrack Obama tertera pada kole yang mewakili Chris Smalling,” katanya.
FotoKESILAPAN berlaku akibat kecuaian mencetak wajah Barrack Obama pada kole cenderahati pasukan England. Gambar kanan, Chris Smalling.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Obama__8216_wakili__8217_pasukanEngland/Article

22 Jun 2014

buku panduan proton wira sedan / a/b / se - download percuma

page error !!!

LAGI ADUN MENIGGAL DUNIA

Sibu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Wong Ho Leng dari DAP meninggal dunia selepas menghidap ketumbuhan otak malam tadi.
Wong, 54, dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam di Pusat Perubatan Rejang di sini, sejak menerima rawatan kira-kira dua bulan lalu di hospital berkenaan.

Kematian Wong disahkan Pengerusi DAP Sarawak merangkap ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jeng menerusi SMS sebentar tadi.

Bagaimanapun, kematian Wong tidak menyebabkan berlaku pilihan raya kecil berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak genap tiga tahun pada Jumaat lalu.

Wong memenangi kerusi Bukit Assek dua penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Negeri pada 2006 sebelum mempertahankannya pada PRN lalu dengan majoriti 8,827 undi.  SUMBER http://www.hmetro.com.my/articles/ADUNBukitAssekmeninggaldunia/MA/Article

VIDEO REMAJA OKU KURUS KERING BERITA TV SEMALAM SEMALAM

SUNGAI PETANI - MATI KENA TEMBAK DI SUNGAI PETANI

Sungai Petani: Motif dendam dipercayai punca seorang lelaki maut di tembak tiga das di dada oleh dua lelaki membonceng motosikal di Taman Songket, Batu 2, Jalan Kuala Ketil di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, M Gurubaran, 24, dari Taman Keladi di sini, yang menunggang motosikal, maut di tempat kejadian akibat parah di dada.
Menurut sumber polis, mangsa bergegas ke taman perumahan itu yang terletak lima kilometer dari rumahnya selepas menerima panggilan.

“Pada masa sama, kedua-dua suspek mengekori Gurubaran sebelum menghampirinya. Seorang suspek menembak mangsa.BACA LAGI

CHONG WEI TEWAS DI TANGAN PEMAIN JEPUN - TERBUKA INDONESIA

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia selepas tersingkir pada saingan separuh akhir di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, malam ini.
  
Pemain berusia 31 tahun itu tewas kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama 16-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas meraih kemenangan pada set kedua 21-15.
  
Namun Chong Wei tewas pada set penentuan dengan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 71 minit, demikian menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport. BACA LAGI

TERKINI - KEADAAN REMAJA OKU KURUS KERING SEMALAM

SEREMBAN - Remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditemui dikurung dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai pagi ini, dilaporkan berada dalam keadaan tidak membimbangkan setelah mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini.
  
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Norhayati Omar berkata keadaan Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditempatkan di wad kanak-kanak hospital berkenaan sedang dipantau. BACA LAGI    

Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014 Kali Ke-56

Keputusan penuh Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Hafiz 30 Juzuk
  1. Mohd Ersyad bin Abdullah – 95.75% (Malaysia)
  2. Abdullah Mohammed Al Khairy – 94% ( Arab Saudi)
  3. Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah – 92% (Qatar)
Kategori Hafizah 30 Juzuk
  1. Nurhafizah bt Mohd Shafie – 95% (Malaysia)
  2. Soumaya Cheikh Ali – 85.75% (Tunisia)
  3. Ndombor Sene – 78.50% (Senegal)
Keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Qari
  1. Ahmad Tarmizi b. Haji Ali – 95.30% (Malaysia)
  2. Muhamed Bilir – 89.21% (Turkey)
  3. Ihsan Nuzula Zamri – 88.72% (Indonesia)
Kategori Qariah
  1. Hanimzah bt. Jalaluddin – 90.67% (Malaysia)
  2. Rahimah Pandiodangan – 88.75% (Filipina)
  3. Siti Huzaimah Vadey Haji Rosli – 85.92% (Brunei)


21 Jun 2014

ALONG NODA KERANI TERDESAK

Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang.
Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya. BACA LAGI

SI BOROI

Rugi betul jika perut sudah buncit dan berat badan bertambah pada usia yang begitu muda. HAZRIL MDNOR rasakan bahawa disiplin perlu diterapkan ketika makan dan beriadah agar ia seimbang dan tidak berlebihan.
Setiap remaja terutamanya golongan lelaki pasti mengidam susuk tubuh yang sasa dan gagah. Namun, bagi mereka yang sudah semula jadi kurus, pasti cacat penampilan jika terdapat lemak di perut. Setiap kali menyarungkan baju untuk digayakan, perut kelihatan ‘besar’. BACA LAGI

kampung najis ???

POKOK SENA - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan Kampung Bukit Lala, Mukim Gajah Mati dekat sini, sebagai tempat pembuangan sisa kumbahan najis amat dikesali penduduk tempatan.

Penduduk, Kamis Hashim, 65, berkata, sejak dua bulan lalu, beberapa lori kelihatan mula masuk ke kampung itu dengan membawa sisa kumbahan dan menyimpannya di dalam tiub bagi mengelak dari dibuang di tempat yang sewajarnya. BACA LAGI

SUAMI BALUN ISTERI ANGKARA RM10

Ampang: Tindakan seorang wanita menegur perbuatan suaminya mencampak wang tunai RM10 ke mukanya mengundang padah apabila lelaki itu mengamuk dan membelasah mangsa dengan topi keledar di kediaman mereka di Pandan Indah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 30-an itu turut bertindak mengunci rumah dan mengurung isterinya berusia 29 tahun sebelum dia keluar dari kediaman mereka. BACA LAGI

keputusan world cup 2014 - sabtu 21 jun


19 Jun 2014

PENYANYI ROSALINDA KENA SAMAN ANGKARA PAKAIAN SEKSI

GUA MUSANG - Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian mencolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu. BACA LAGI

PAHANG - BAS TERTUSUK BESI PENGHADANG JLN

KUANTAN - Tiga penumpang dan seorang pemandu bas RapidKuantan nyaris maut setelah bas yang dinaiki terbabas lalu tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan   Kuantan-Pekan berhampiran Taman Indera Sempurna di sini, hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata kejadian berlaku kira-kira 3.40 petang apabila tayar depan bahagian kiri bas berkenaan tiba-tiba meletup menyebabkan bas itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan.

"Berikutan kejadian itu besi penghadang jalan dianggarkan sepanjang lima meter telah menembusi dari lantai sebelah kiri bas sehingga ke bahagian cermin belakang bas. BACA LAGI

PENGARAH MAMAT KHALID DI ROMPAK RM100K

IPOH - Pengarah terkenal, Mamat Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil. BACA LAGI

18 Jun 2014

pengarah pelakon Ahmad Idham Tinggalkan Excellent Pictures

Demi memberi fokus kepada akademi filem yang ditubuhkan di Johor, penerbit filem dan pemilik Excellent Pictures Sdn. Bhd, Ahmad Idham mengesahkan telah meninggalkan syarikat perfileman berkenaan sejak bulan Mei lalu. baca lagi

gambar baby baru lisdawati dan fauzi nawawi

AKTOR Fauzi Nawawi mengakui berasa amat bersyukur dan teruja kerana dikurniakan anak lelaki pertama hasil perkongsian hidupnya dengan aktres, Lisdawati.

Fauzi berkata, anak bongsunya itu diberi nama Ahmad Nur Fyrdaus dan pemilihan nama itu dilakukan sendiri oleh Lisdawati atau mesra dipanggi Lisda. lihat dan baca disini

14 Jun 2014

apa itu fenomena a1-nino ?

El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan". baca lagi

BIODATA DAN SEJARAH TUN HUSSEIN ONN

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". BACA LAGI

TAK PERLU ULANGI MANDI WAJIB JIKA ...

Mohon penjelasan, saya ada sedikit kekeliruan bagaimana selepas mandi wajib, tetapi masih ada terkeluar air mani walaupun tiada teransang? Adakah perlu kita mandi wajib lagi sekali?
Contoh jika bersetubuh dengan isteri pada Subuh hari dan terus mandi untuk solat Subuh dan semasa solat masih ada sisa air mani keluar daripada kemaluan (tiada rangsangan)? Terima kasih BACA LAGI

ghairah tak panjang

TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak. BACA LAGI

tonton Ophilia (Filem Skinhead Malaysia 2015)

keputusan penuh world cup 2014 Mexico vs Cameroon

Keputusan Piala Dunia 2014 Mexico vs Cameroon , World Cup Result Group A - Perlawanan kedua kumpulan A membabitkan pasukan Mexico vs Cameroon yang berlangsung pada 13 Jun 2014 ( 14 Jun 2014 , 12 tengah malam waktu Malaysia ). Keputusan memihak kepada pasukan Mexico hasil jaringan gol oleh penyerang mereka , Oribe Peralta pada minit ke 61.

13 Jun 2014

5 WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

sejarah bola sepak piala dunia - world cup

Piala Dunia FIFA, atau selalunya disebut sebagai Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia Kedua). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1]
Sepanjang 19 kejohanan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014. BACA LAGI

TREN JEMAAH UMRAH TELAN BENANG KAABAH BERLUASA

JEDDAH - ARAB SAUDI. Pihak keselamatan Makkah mendedahkan, beberapa jemaah umrah didakwa sanggup menelan benang kiswah (kain hitam menyelubungi Kaabah) dengan alasan untuk mendapatkan keberkatan.

Makkah Daily melaporkan, mereka sanggup menggunting kiswah semata-mata untuk melakukan amalan yang semakin berleluasa itu.

Sementara itu, Pengarah Kilang Pembuatan Kiswah, Muhammad Bajoudah berkata, ramai jemaah umrah tidak sedar perbuatan itu sebenarnya adalah kepercayaan karut sekali gus mencemari kesucian Kaabah.

"Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Kami terpaksa menjahit semula bahagian yang telah digunting oleh pihak tidak bertanggungjawab terbabit," katanya kepada Al-Arabiya BACA LAGI

KEPUTSAN PENUH BRAZIL VS CROTIA - WORLD CUP 2014

KEPUTSAN PENUH BRAZIL VS CROTIA  = 3 -1

TERKINI - MAYAT Nora Teoh diputus kebumi cara Buddha

tonton hantu nan sempit


FILEM terbaru pengarah terkenal, Ahmad Idham Hantu Nan Sempit berjaya mencatat peningkatan luar biasa pengunjung pada hari ketujuh tayangannya, semalam.

Menurut Idham, filem itu mencatat lebih 10,000 kemasukan pada hari biasa bukan kelazimannya pada hujung minggu.

"Semenjak ditayangkan 5 Jun lalu, Hantu Nan Sempit, mencatat lebih 10,000 kemasukan, pada hari Rabu (11 Jun). Ia merupakan satu peningkatan luar biasa mencatat sejarah tersendiri buat pasukan produksi. Biasanya, kemasukan penonton adalah tinggi pada hari Sabtu dan Ahad.
BACA LAGI

12 Jun 2014

KADAR ZAKAT FITRAH 2014 + SELURUH MALAYSIA

NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014 (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00/8.00*
Pahang7.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*
Kelantan7.00
Sarawak6.50
Sabah7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00
*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

10 Jun 2014

AFDLIN SHAUKI SEBENARNYA PENYANYI ???

Afdlin Shauki bin Aksan (lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki atau Chief Kodok kepada peminatnya) ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, dan pelakon terkenal di Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 & 2010. Selain itu, beliau juga menjadi pengacara dan penulis bagi rancangan Golden Dreams (1999) dan Golden Dreams Extreme (2000).
Sejak akhir-akhir ini Afdlin Shauki mula mendapat tempat dalam bidang hiburan tanah air ekoran kejayaan beberapa filemnya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006) dan Sumolah (2007).
BACA SETERUSNYA DISINI

SIAPA SEBENAR AYU RAUDHAH

Ayu Raudhah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raudhah Che Wan
Placeholder female superhero c.png
Kelahiran 7 Disember 1984 (29 tahun)
Nama lain Ayu Raudhah
Pekerjaan Pelakon
Tinggi 158 cm
Berat 49 kg[perlu rujukan]
Pasangan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
Raudhah Che Wan @ Abu Bakar atau lebih dekenali sebagai Ayu Raudhah merupakan seorang pelakon Malaysia. Kakaknya ialah Rozita Che Wan. Berasal dari Kedah dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Syed Bukhary.. Berkahwin dengan pemain bola sepak skuad ATM iaitu Mohd Zaquan Adha pada 21 Januari 2011 Anak ke enam daripada 7 adik beradik. Adik beradik perempuan Ayu Raudhah dikenali dengan kejelitaan yang dimiliki dan semestinya diwarisi daripada ibu mereka Zabedah Saad. Sinonim dengan watak yang lembut dan bertudung. Banyak berlakon dalam watak yang diadaptasi dari novel
Beliau ialah ipar duai kepada pelakon Rita Rudaini.[1]

SMARTPHONE ASUS ZENFONE HANYA RM299 . ANDROID 4.3 5MP CAMERA - VIDEO

DAPATKAN FON INI DI PASARAN MALAYSIA DENGAN HARGA RM299 SAHAJA DAPAT 2 BETERI LAGI..TERBAIK DARI ASUS Jaringan Seluler Suport jaringan 2G : GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 Suport jaringan 3G : HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 Jumlah SIM card : 2 buah mode dual stanby Jenis SIM card : microSIM Akses internet : GPRS / EDGE / 3G Penyimpanan Internal 8 GB Eksternal : slot microSD, bisa hingga 64 GB Fotografi Kamera utama berkekuatan : 5 MP, resolusi maksimum 2592 x 1944 pixels, dilengkapi lampu flash, autofokus, HDR, teknologi pixel master dari asus, Perekaman Video kamera utama : video HD 1080p@30fps Kamera depan : VGA, bisa selfie dan video chat Software Sistem Operasi android Jelly Bean versi 4.3, bisa diupgrade ke Android Kitkat versi 4.4 Dapur Pacu Prosesor Intel® Atom™ Z2520 ( 1.2 GHz ) 2 x 2 core Quad-thread with hyper threading GPU : PowerVR SGX544MP2 RAM : 1 GB Koneksi : Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot Bluetooth versi 4 Baterai 1200 mAh Fitur Tambahan GPS yang suport A-GPS dan Glonas Radio FM sensor : Accelerometer, proximity Tahun Rilis April 2014 Harga Harga baru RM299 Fisik Ukuran fisik : 124.4 x 61.4 x 6.3-11.2 mm Berat : 115 g

jadual lengkap waktu berbuka dan imsak seluruh malaysia 2014

 jadual waktu berbuka dan imsak seluruh perlis
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kedah
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh p.pinang
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh perak
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kuala lumpur
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh selangor
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh pahang
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh kelantan
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh terangganu
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh johor
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh melaka
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh n. sembilan
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh sabah
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh sarawak
jadual waktu berbuka dan imsak seluruh putrajaya




lihat disini

8 Jun 2014

WANITA SEKSI MSK BILIK AJAK MASJID

BERCERITA hal ke luar negara, bila-bila pun pasti akan menghangatkan perbualan. Bagi orang perempuan, hangatnya adalah berkait dengan kegilaan semula jadi mereka - membeli-belah. Bagi lelaki, lain pula kesukaannya.

Orang lelaki paling gemar bercerita hal wanita apabila menyentuh topik kunjungan ke luar negara. Tak kira siapa. Seorang kawan saya yang selalu ke masjid, pun sangat suka bercerita topik ini. Tetapi ceritanya tidaklah macam geng hidung belang.

Tersangat geli hati saya apabila mendengar dia bercerita hal wanita pelayan rumah makan di Indonesia yang katanya, jari mereka runcing-runcing belaka.

Sambil itu, dia turut menggayakan cara mereka menyenduk makanan yang menurutnya, tersangatlah indah dipandang! "Yang datang ke sini, jangan kira. Itu dari pulau-pulau. Nak tengok rupa sebenar perempuan Indonesia, jom pergi sana. Kita pergi Bandung, Jakarta atau Surabaya. Yang berselisih di jalan saja pun, kalau kat sini dah boleh jadi film star," katanya. BACA LAGI

7 Jun 2014

8 minit keluar budak

Melaka: Pasukan bomba dan penyelamat hanya mengambil tempoh lapan minit bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang terperangkap selepas kereta datuknya musnah ditimbus runtuhan tebing konkrit di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini, kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Adli Abd Rahman berkata, mangsa, Koh Sue Siang hanya cedera ringan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan serta rawatan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu serta Jalan Kubu tiba di lokasi jam 10.50 malam. baca lagi

abg sunat potong habis ??

BERSUNAT  atau berkhatan memang mendebarkan. Kalau dahulu, takutnya kerana kitalah yang dikhatankan. Rupa-rupanya setelah jadi bapa orang, ketakutan berkhatan masih tidak boleh dielakkan.

Beberapa hari lalu, anak ketiga saya, Amir Farhan yang berumur 10 tahun, berkhatan. Malam sebelum itu, saya tidak lena tidur. Berdebar dan takut seolah-olah saya sendiri yang akan dikhatankan esoknya.BACA LAGI

SHAH ALAM - KOMPUTER DAN PERISIAN DI SITA

SHAH ALAM: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor merampas 10 unit komputer riba serta 22 salinan perisian cetak rompak bernilai RM51,200 dalam serbuan di Puchong dan Shah Alam, Isnin lepas.
Ketua Penguatkuasanya, Othman Nawang berkata dalam serbuan pertama iaitu pada kira-kira 2 petang, lima unit komputer riba jenama Lenovo dan 12 salinan perisian cetak rompak dirampas dari sebuah kedai komputer di Puchong Jaya. BACA LAGI

DENGAR ORG MENGAJI TENGAH LAUT

DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.

Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.

Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan. BACA LAGI

SENARAI TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG - CUTI SEKOLAH

ANTARA TEMPAT MEANARIK YG BOLEH DIKUNJUNGI SEMASA CUTI SEKOLAH

PULAU PINANG

6 Jun 2014

13 DITAHAN KES BUANG BAYI DLM GAUNG

KLANG - Polis menahan 13 pembantu rumah warga asing bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi dalam sebuah gaung berdekatan Genting Highlands semalam.
    LA
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mereka ditahan untuk direman susulan penahanan seorang ejen yang membekalkan pekerja asing dan isterinya pada Selasa. BACA LAGI

KECOH TANAH KUBOR SEMPIT -

KUALA TERENGGANU – Keputusan menolak pengebumian seorang jenazah wanita baru-baru ini dibuat AJK Masjid Padang Midin dan tiada kaitan dengan Umno cawangan.

Ketua Umno Cawangan Padang Midin yang juga selaku Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Sahul Hamid berkata, dakwaan mengatakan ia berkait dengan perbezaan fahaman politik adalah tidak betul dan fitnah semata-mata.

“Saya difahamkan, AJK masjid sudah lama memutuskan kariah masjid sahaja akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Midin kerana ruang tanah kubur itu sempit. BACA LAGI

SUAMI ISTERI PONTIANAK - GEMPAR

Mereka mempunyai anak dan berkata kehidupan mereka sama seperti pasangan suami isteri lain.
Tetapi yang membezakan mereka dengan pasangan lain ialah mereka suka minum darah masing-masing. BACA LAGI

VIDEO LONDEH DAN SEBAT - KES ROGOL DI KELANTAN

http://muaturunsini.blogspot.com/2014/06/video-londeh-dan-sebat-kes-rogol-di.html
Video wanita memukul lelaki diikat kaki dan tangan tersebar di laman sosial. Bagaimanapun mengikut maklumat disalurkan oleh rakan pemberita
TONNTO DISINI ........BACA KISAH DISINI

live streaming perlawanan pembukaan world cup 2014

page error........try again

JPJ LELONG MOTORSIKAL SITA 2014 - CEPAT

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita, pada 18 Jun ini.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, lelongan bermula 9 pagi di Dewan Melati Kompleks JPJ Seremban itu menyaksikan tidak kurang 51 motosikal bakal dilelong, sebahagian besarnya masih boleh dilesenkan.

“Kenderaan ini telah dilucutkan hak melalui perintah mahkamah dan pembida yang berjaya akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan tersebut," katanya. BACA LAGI

4 Jun 2014

koleksi lagu raya 2014 - mp3

cara hilangkan peluh dan bau ketiak dengan cepat

gunalah bedak ini ....bedak AGNESIA (ANTISEPTIC)..BOTOL WARNA MERAH BOLEH DAPAT DI KEDAI RUNCIT..SUPERMARKET DAN PASTI ADA DI KEDAI BARANGAN BAYI

GAMBAR BEDAK KLIK SINI

adik cemburu kakak - kedah

Saya sering merasa rendah diri walaupun menuntut di sebuah universiti tempatan. Saya tetap merasakan diri tidak sebaik orang lain, terutama kakak.
Saya cemburu dengan apa yang dimiliki kakak yang kini bekerja di sebuah syarikat multinasional. Dia bekerja sebaik saja tamat pengajian dari universiti luar negara. Perbezaan antara saya dengan kakak juga banyak. Kakak lebih banyak keistimewaan berbanding saya. Semasa kecil sehingga remaja, kami sa­ngat rapat. Ke mana saja pergi, kami pasti berdua.

Kami juga banyak berkongsi perkara seperti pakaian, permainan dan makanan malah minat dengan penyanyi yang sama.

Bagaimanapun, keintiman kami mulai berubah apabila tamat pengajian sekolah menengah.

Kami semakin jauh antara satu sama lain malah bersaing antara satu sama lain. Ada kalanya saya kurang selesa dengan perkara ini tapi tidak dapat mengelak untuk merasa rendah diri.

Jika dibandingkan dengan saya, dia memang jauh lebih pandai. Dari segi rupa paras, tentunya kakak lebih cantik. Ramai lelaki minat pada kakak sedangkan saya sukar hendak mencari kekasih. baca lagi

KECOH TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DI PECAT

RIYADH - ARAB SAUDI. Menteri Kesihatan Arab Saudi memecat seorang daripada timbalannya ketika angka korban sindrom pernafasan akut Timur Tengah (MERS) mencecah 190 orang, menurut satu kenyataan kementerian itu di laman mikro Twitter, hari ini, lapor AFP.
 
Namun tiada alasan diberikan berhubung pemecatan timbalan menteri, Ziad Memish itu. BACA LAGI

KUANTAN - KUPU - KUPU GERGASI

KUANTAN - Kemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan penduduk di sini dan pelancong luar.
 
Serangga bersayap ini dilihat sangat aktif pada waktu malam dan sering mengurumuni kawasan yang melimpahkan cahaya lampu amat terang.
 
Malah, ia turut mengerumuni padang Stadium Darul Makmur ketika perlawanan bola sepak Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam saingan separuh akhir Piala FA Jumaat lepas.
 
Profesor Entomogi Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia Profesor Che Salmah Mat Rawi berkata serangga 'misteri' ini dikenali dengan nama saintifiknya Lyssa Zampa Docile. BACA LAGI

GEMPAR TAPAK KAKI BESAR DI PUCHONG

PUCHONG – Kesan tapak kaki bersaiz gergasi yang ditemui di halaman sebuah rumah di Kampung Sri Aman Dalam dekat sini petang kelmarin, menimbulkan persoalan ia milik ‘bigfoot’ atau makhluk jenis lain.

Bersaiz 23 inci panjang, dua belah tapak kaki itu turut ditemui bersama satu lagi kesan tapak kaki kiri bersaiz 15 inci.

Pesara, Abdul Wahab Md Wali, 78, berkata, dia menemui empat objek pelik ketika berjalan menuju ke kebun buah-buahan terletak kurang 50 meter dari jarak rumahnya. BACA LAGI

jitra - kilang kayu getah terbakar

JITRA - Sebuah kilang kayu getah musnah dalam kebakaran di Simpang Tiga, Jalan Guar Napai, dekat sini, malam semalam.
Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu melibatkan enam dari lapan bilik wap dan kayu.
Difahamkan, kebakaran yang dipercayai bermula dari tempat simpanan kayu di kilang yang beroperasi sejak 20 tahun lalu .
Pegawai Operasi Zon Satu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohammad Haiqal Izwan Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.49 malam dan tiba di tempat kejadian pada 11.11 malam.
Bagaiamanapun, bomba mengalami kesukaran untuk melakukan operasi memadam api berikutan kekurangan air dalam pili bomba di kilang tersebut.
"Anggota bomba terpaksa berulang alik sejauh 1.6 kilometer bagi mendapatkan sumber air untuk memadamkan kebakaran.
"Operasi itu menggunakan tiga jentera dari Balai Bomba Bukit Kayu Hitam, Jitra dan Alor Setar dengan 13 anggota" katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, kerja memadamkan kebakaran turut dibantu 50 anggota bomba sukarela melibatkan sembilan jentera.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 pagi dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih disiasat.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kilang-kayu-getah-musnah-terbakar-1.286726

2 Jun 2014

SUAMI MUNGKIR JANJI - KUALA LUMPUR -8


Saya gadis berusia 26 tahun dan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati pada pertengahan 2013. Suami anak lelaki tunggal dalam keluarga dan dia tinggal di utara bersama mentua.
Sebelum berkahwin, kami pernah berbincang mengenai perancangan masa depan, namun sehing­ga kini suami keberatan untuk berjauhan dari keluarganya.BACA LAGI

bdk mati jatuh di tingkat 3 - petaling jaya

PETALING JAYA - Bapa kepada kanak-kanak malang, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, berkata beliau reda dengan kematian anaknya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur semalam.
  
"Saya reda dengan apa yang berlaku dan semua sudah jelas dalam akhbar, tolong hormati perasaan saya," katanya ketika ditemui di Ruang Menunggu Bahagian Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Jenazah Nurul Emielda Nadia telah dimandi dan disembahyangkan di surau PPUM pada pukul 2 petang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Puncak Alam.  baca lagi

suami erma fatima kawin lagi di siam -8


RAMAI yang menantikan reaksi penerbit drama, Erma Fatima apabila mendengar khabar suaminya berkahwin lain di negara jiran.

Dalam kenyataan kepada Pancaindera, Erma Fatima menjelaskan yang dia tahu akan perkahwinan yang berlangsung dan merestui hubungan baru suaminya itu selain tidak mahu menghalang kebahagiaan insan tersayang. BACA LAGI

1 Jun 2014

kupang - wanita lahirkan ank tokek -8


Kupang: Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur dilaporkan mencetus kegemparan apabila melAahirkan cicak tokek (gecko), lapor media semalam.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.
Sumber berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam,” katanya.

Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.

Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.
“Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek,” katanya.

Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.

Mengakui tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah bertapa beberapa lama,” katanya.

Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah ‘anak ketiga’ pasangan terbabit.- Agensi

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog