D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

22 Jun 2014

LAGI ADUN MENIGGAL DUNIA

Sibu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Wong Ho Leng dari DAP meninggal dunia selepas menghidap ketumbuhan otak malam tadi.
Wong, 54, dilaporkan meninggal dunia pada jam 10.50 malam di Pusat Perubatan Rejang di sini, sejak menerima rawatan kira-kira dua bulan lalu di hospital berkenaan.

Kematian Wong disahkan Pengerusi DAP Sarawak merangkap ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jeng menerusi SMS sebentar tadi.

Bagaimanapun, kematian Wong tidak menyebabkan berlaku pilihan raya kecil berikutan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak genap tiga tahun pada Jumaat lalu.

Wong memenangi kerusi Bukit Assek dua penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Negeri pada 2006 sebelum mempertahankannya pada PRN lalu dengan majoriti 8,827 undi.  SUMBER http://www.hmetro.com.my/articles/ADUNBukitAssekmeninggaldunia/MA/Article

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog