Saya sering merasa rendah diri walaupun menuntut di sebuah universiti
tempatan. Saya tetap merasakan diri tidak sebaik orang lain, terutama
kakak.
Saya cemburu dengan apa yang dimiliki kakak yang kini bekerja di sebuah syarikat multinasional. Dia bekerja sebaik saja tamat pengajian dari universiti luar negara. Perbezaan antara saya dengan kakak juga banyak. Kakak lebih banyak keistimewaan berbanding saya. Semasa kecil sehingga remaja, kami sangat rapat. Ke mana saja pergi, kami pasti berdua.
Kami juga banyak berkongsi perkara seperti pakaian, permainan dan makanan malah minat dengan penyanyi yang sama.
Bagaimanapun, keintiman kami mulai berubah apabila tamat pengajian sekolah menengah.
Kami semakin jauh antara satu sama lain malah bersaing antara satu sama lain. Ada kalanya saya kurang selesa dengan perkara ini tapi tidak dapat mengelak untuk merasa rendah diri.
Jika dibandingkan dengan saya, dia memang jauh lebih pandai. Dari segi rupa paras, tentunya kakak lebih cantik. Ramai lelaki minat pada kakak sedangkan saya sukar hendak mencari kekasih. baca lagi