Kupang:
Seorang wanita dari Kampung Kampung Oemolo di Nusa Tenggara Timur
dilaporkan mencetus kegemparan apabila melAahirkan cicak tokek (gecko),
lapor media semalam.
Nelci Nubatonis dilapor melahirkan haiwan itu pada awal pagi kelmarin di rumahnya di daerah Kupang.
Sumber
berkata, proses bersalin Nelci itu dibantu seorang bidan dari Pusat
Kesihatan Oenuntono yang dikenali sebagai Josephine Lydia Hellen Wadu.
Katanya, Nelci terpaksa bersalin di rumah sendiri kerana lokasi kediamannya yang jauh dari pusat kesihatan.
“Untuk ke klinik Nelci perlu dibawa selama empat jam,” katanya.
Menurut sumber itu, kandungan Nelci baru berusia lapan bulan.
Katanya, kira-kira jam 5.30 pagi Nelci mengalami kesakitan melampau dan dibantu untuk bersalin.
“Tiba-tiba kami semua terkejut kerana melihat bukan bayi yang keluar, tetapi cicak tokek,” katanya.
Sementara itu Josephine berkata, dia sangat terkejut melihat haiwan berkenaan keluar dari rahim Nelci.
Mengakui
tidak pernah berdepan pengalaman sebegitu, Josephine berkata, cicak
tokek itu kemudian dibawa ke pusat kesihatan tempatan untuk diperiksa.
“Kami
tidak bertanya kepada Nelci mengapa keadaan sebegitu berlaku, namun
penduduk setempat berkata, ada kemungkinan wanita terbabit pernah
bertapa beberapa lama,” katanya.
Nelci memang mempunyai suami bernama Wempi Loasana dan cicak tokek itu adalah ‘anak ketiga’ pasangan terbabit.- Agensi