D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Jun 2014

jdt menang bola, semua dapat cuti

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum esok bersempena kejayaan pasukan Johor Darul Takzim menjuarai Liga Super, malam ini.

Pengumuman itu dibuat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Dataran Bandaraya sebaik tamat perlawanan JDT menentang Sarawak berkesudahan 1-0 yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak.

"Pengumuman cuti ini dibuat setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

"Ia satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala.

"Ia tanda penghargaan kerajaan negeri buat rakyat Johor," katanya kepada Sinar Harian, di sini. sumber http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/johor-cuti-esok-sempena-juarai-liga-super-1.293622

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog