Melaka: Pasukan bomba dan penyelamat hanya mengambil tempoh lapan
minit bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan
tahun yang terperangkap selepas kereta datuknya musnah ditimbus runtuhan
tebing konkrit di Taman Cheng Perdana, Cheng, di sini, kelmarin.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Adli Abd Rahman berkata, mangsa, Koh Sue Siang hanya cedera ringan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan serta rawatan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan jam 10.34 malam dan jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu serta Jalan Kubu tiba di lokasi jam 10.50 malam. baca lagi