D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

31 Mac 2014

RISIKO KERJA SYIF -8

http://bit.ly/1htkU43

http://bit.ly/1e5ILSH
Kebiasaannya, pegawai keselamatan yang bekerja pada waktu malam sarat dengan pelbagai kisah seram dan risiko berdepan insiden hantu yang menyeramkan.
Mereka individu paling sesuai untuk kita korek mengenai seribu satu cerita hantu kerana tugasnya yang berjaga ketika semua orang sedang tidur.BACA LAGI

bahaya pakai seluar ketat

Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.
Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang. BACA LAGI

jenayah menggunakan payudara


Kejadian ini berlaku di Jerman, seorang wanita menggunakan payudaranya untuk memekap pasangan sampai lemas. Ketika tengah bercinta, Karin Hoffer memekap kepala pasangannya, Andreas Koller, ke dalam belahan payudaranya sampai hampir mati lemas kerana susah bernafas. 

Hoffer tak boleh berdalih sedang melakukan permainan seks kerana dia juga mencekik leher Koller ketika berjaya lepas dari 'serangan' payudara. Dalam perbicaraan di bulan Mac 2013 lalu, pengacara menyampaikan bahawa Hoffer mengalami trauma psikologis dan memerlukan perawatan.
sumber : http://www.malaysiasensasi.net/2013/10/jenayah-yang-menggunakan-payudara.html

nik aziz minta maaf

  • Nik Aziz: Maafkan kesilapan saya Nik Aziz kelihatan sugul ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - “Maafkan segala kesilapan saya selama saya memimpin Kelantan,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata, masalah kesihatan yang dihadapi mungkin balasan ALLAH SWT untuk membersihkan dosanya di atas kesalahan dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sejak 23 tahun lalu.

“Sakit saya ini mungkin kifaarat ALLAH SWT di atas dosa atau kesalahan yang saya lakukan sepanjang memimpin Kelantan,” katanya dipetik dalam entri laman sosial Facebook miliknya, di sini, semalam.

Solat Subuh berjemaah itu turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di Kelantan dalam siri jelajah Reformasi 2.0 di Padang Perdana, di sini, kelmarin.

Difahamkan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu semakin merosot kebelakangan ini sehingga menghalang beliau menyampaikan kuliah Jumaat sejak beberapa minggu lalu.

Malah beliau yang sepatutnya menyertai siri jelajah Reformasi 2.0 bersama Anwar tidak dapat berbuat demikian difahamkan kerana masalah kesihatan.

Ketika sihat, Nik Aziz akan ke pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim yang ditubuhkan pentadbiran baru kerajaan negeri selepas beliau meletakkan jawatan Mei lalu.

Institut itu ditubuhkan untuk memastikan pemikiran Nik Aziz yang juga Adun Chempaka terus dapat dimanfaatkan walaupun beliau tidak lagi menjadi menteri besar.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/nik-aziz-maafkan-kesilapan-saya-1.265334

LIVE - SIDANG MEDIA MH370 TERKINI - ISNIN 31/3/14

30 Mac 2014

guru beri murid makan biskut bersalut air mani sendiri


Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.

Mark Berndt, 62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. Dia mungkin dihukum penjara 25 tahun. 

Berndt dilapor menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak perempuan mereka kini musnah. Menurut laporan, ada pelajar yang kini mengalami masalah pemakanan. 

Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata. 

Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu. 

Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya. 

Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu. 

Tertuduh mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012.
 
sumber : http://www.malaysiasensasi.net/2014/03/guru-paksa-30-murid-makan-biskut.html

RESIT MCDONALD DIJADIKAN TATU

Oslo: Seorang remaja 18 tahun dari Norway melakukan sesuatu yang dianggap pelik apabila mentatu resit kedai makanan segera McDonald’s pada lengan kanannya.
Stian Ytterdahl yang berasal dari Lorenskog berkata rakannya mahu menghukumnya kerana dikatakan terlalu “aktif dengan perempuan”.
Tujuan sebenar tindakannya itu belum diketahui tetapi kawannya memberi dia dua pilihan sama ada mentatu gambar Barbie pada punggungnya atau tatu resit McDonald’s pada lengannya.
Kedai Tatu Sabelink di Lillestrom melukis tatu berkenaan kelmarin.
“Kini saya seperti papan tanda bergerak tetapi ia hanya untuk seronok-seronok.

29 Mac 2014

TIKUS GERGASI DLM RUMAH

Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.
Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm. BACA LAGI

TM AMBIL ALIH P1WIMAX

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Berhad (TM) bersedia melancarkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih LTE pertama mereka selepas mengambil alih pegangan saham terbesar syarikat 4G, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1).
Pengambilalihan terbabit menyaksikan TM memegang 57 peratus saham P1 membabitkan nilai kira-kira RM350 juta. BACA LAGI

IBU TAK IZIN NIKAH JANDA

Saya ingin mengahwini kekasih yang juga janda anak tiga. Saya tiada masalah untuk menjadi bapa kepada anaknya, cuma keluarga tidak merestui hubungan kami.
Puas saya memujuk ibu supaya mendoakan kebahagiaan kami tetapi ibu merajuk, malah tidak menjawab panggilan telefon saya. Saya ikhlas menyunting kekasih dan memberitahu ibu bahawa dia baik serta patuh kepada agama.BACA LAGI

SIDANG MEDIA TERKINI PESAWAT MH370 - SABTU 29/3/14

28 Mac 2014

USTAZ KAZIM KENA SANTAU - VIDEO

http://tvcabok.blogspot.com/2013/02/ustaz-kazim-muntah-darah-video.html

MASAK SUP KUCING

Guangdong: Seorang wanita China menjadi sasaran kecaman umum selepas dia memuat naik gambarnya merebus seekor kucing untuk dibuat sup.
Tindakan Li Jinbang memuat naik gambar “kejam” itu di laman sosial Weibo membuatkan satu kempen mengecamnya diwujudkan di Internet.BACA LAGI

POCONG BUKIT PASIR - PANAS -8

http://bit.ly/1hiEeko

http://bit.ly/1hiEpfs

http://bit.ly/1hiEwaK

http://bit.ly/1hiEFeu

http://bit.ly/1dUE9yB
Usaha yang dirintis kumpulan Geliga Merah Opera (GMO) sejak tahun lalu semakin menampakkan kejayaan.
Penerbitnya yang juga pengarah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman kini mampu tersenyum apabila garapan terbarunya, teater Pocong Bukit Pasir yang dipentaskan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 21 hingga 23 Mac lalu menerima sambutan hebat daripada penonton. BACA LAGI

PELAWAK ALI MAMAK MENINGGAL DUNIA

[DIKEMASKINI] PELAWAK terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Allahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Batu 14, Hulu Langat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/datuk-ali-mamak-meninggal-dunia-1.264326

TONTON DENDAM ORANG MATI -8

http://bit.ly/1dRvn4r

27 Mac 2014

TEMBAK SAMPAI MATI - LAHAD DATU KEMBALI

KOTA KINABALU - Seorang anggota komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa menurut kefahamannya, arahan tembak sampai mati penceroboh bersenjata dalam operasi memintas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu juga bermaksud supaya membunuh penceroboh.
  
Sarjen Muhamad Sukeri Rejab berkata, dia dan pasukannya boleh bertindak sekiranya mendapati nyawa mereka berada dalam bahaya apabila bertembung dengan penceroboh.
  
Anggota komando itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk N. Sivananthan dalam perbicaraan 30 orang yang dikenakan pelbagai pertuduhan bagi kesalahan berhubung pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas. BACA LAGI
  

KOTA BHARU - ANAK TAMPAR BAPA ANGKARA RM2.50

KOTA BHARU 25 Mac - "Hanya kerana tidak memberi RM2.50 untuk membeli air batu, kamu tergamak memukul bapa yang mengalami strok.
"Sedih bapa kamu apabila kamu buat begitu kepadanya. Selalunya kita mendengar ayah memukul anak tetapi hari ini berlaku sebaliknya. Lebih-lebih lagi kamu adalah anak perempuan dia.''
Demikian teguran seorang majistret di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap seorang wanita yang menghadapi tuduhan memukul bapanya dengan cara menampar mangsa, tahun lalu.
Nor Diana Mohamed, 30, yang tidak bekerja bagaimanapun dilepas dan dibebaskan oleh Majistret Nik Habri Muhamad daripada tuduhan itu setelah Mohamad Idris, 66, bersetuju kes tersebut diselesaikan menerusi permohonan maaf oleh anaknya.
Wanita tersebut didakwa menampar bapanya sehingga mendatangkan kecederaan kepada warga emas itu kira-kira pukul 4.15 petang, 2 Ogos 2013 di rumah mereka di Kampung Pintu Geng, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.

122 PETUNJUK BARU MH370

Kuala Lumpur: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan satu lagi petunjuk baru untuk mengesan MH370 berdasarkan kepada imej satelit daripada Airbus Defence and Space dari Perancis yang berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi.
Menurut beliau, imej satelit bertarikh 23 Mac itu sudah dianalisis oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dan 122 objek dikesan di kawasan seluas kira-kira 400 kilometer persegi yang terletak 2,557 kilometer dari Perth. BACA LAGI

ipoh - maut ketika menggoreng keropok

IPOH - Nasib seorang penggoreng keropok ikan berakhir tragedi apabila maut selepas melecur seluruh badan dalam kejadian yang berlaku di Jalan Ampang Baru 6, di sini, petang tadi.

Mangsa, Lee Oi Lin, 66, dipercayai sedang menggoreng keropok ikan di dapur rumahnya sebelum tertiarap dengan muka tersembam di dalam kuali.

Difahamkan wanita warga emas terbabit ada mengambil ubat darah tinggi dan sejak dua, tiga hari kebelakangan ini mangsa kurang sihat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P Samasuvam berkata, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.34 petang dan jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian mereka menemui mangsa sudah melecur 100 peratus di bahagian badan dan tiada kesan api ditemui
berhampiran mangsa.

"Ketika tiba di tempat kejadian mangsa didapati sudah meninggal dunia berhampiran dapur memasak dengan keadaan tertiarap.

"Difahamkan, jiran mangsa cuba menyelamatkan mangsa dengan menjirus air takungan hujan yang berada berhampiran rumah.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat melecur di seluruh badan namun punca sebenar kebakaran masih disiasat.

"Sewaktu kejadian, mangsa hanya tinggal berseorangan di rumah," jelasnya.
Katanya, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dengan kekuatan anggota serta pegawai seramai 15 orang dikejarkan di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan punca kejadian masih disiasat," katanya.

TONTON FOBIA MALAM PERTAMA - MOVIE -8

Fobia Malam Pertama

Filem ini menceritakan kisah Asyraf dan Zaty. Zaty seorang gadis yang takut untuk jatuh cinta kerana dia percaya bahawa kerana sumpahan gelap pada keluarganya apabila dia jatuh cinta dan mendapat berkahwin dia akan mati selepas melahirkan anak pertamanya. Asyraf pula adalah 'playboy' yang telah pulang dari pengajian di Indonesia dan telah diberitahu oleh bapanya bahawa dia perlu berkahwin dengan dara kerana ia adalah tradisi keluarga. Asyraf kemudian mendaftar ke kolej yang sama seperti Zaty dan dengan itu bermula komedi epik sebagai dua burung cinta perlu berurusan dengan bomoh, kedua mertua dan bagaimana Zaty cuba menyelamatkan diri daripada hamil di malam pertama!

Klasifikasi: 18
Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 13 Mac 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: TGV
Pengarah: Murali Abdullah
Pelakon: Julia Perez, Azad Jasmin, Shafnida Shyuhaimi

http://bit.ly/1haq04Q

http://bit.ly/1hapdB8

http://bit.ly/1dNTJw5

http://bit.ly/1dNU3e9

http://bit.ly/1hapuUs

26 Mac 2014

apa pula kata hadi awang tentang mh370

KUALA LUMPUR - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.

Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.

"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. baca lagi

pengantin bersilat tiba tiba

  • Pengantin tiba-tiba bersilat Mohd Shahfizal secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.
1 / 1
SUNGAI PETANI - Orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan di Taman Keladi dekat sini kelmarin gempar apabila pengantin lelaki yang lengkap mengenakan pakaian mempelai meninggalkan kerusi tempat duduk pengantin yang telah dikhaskan.

Tindakan pengantin lelaki, Mohd Shahfizal Muhammad Shahfawi, 27, yang bekerja di sebuah syarikat industri itu turut mengejutkan pasangannya, Nor Hasliza Abd Rashid, 24, yang sedang disandingkan bersama ketika itu.

Bukan sahaja tetamu yang hairan, malah ibu bapa pengantin turut terkejut menjadikan suasana sedikit cemas dan kelam-kabut.

Bagaimanapun, tindakan Mohd Shahfizal itu dilakukan bagi membolehkannya membalas ‘panggilan’ salah seorang ahli pertubuhan silat yang sedang dalam pertunjukan ketika itu.

Dia dilihat mengambil tempat di lokasi pertunjukan silat bersama beberapa ahli pertubuhan berkenaan sebelum mempamerkan kemahiran yang dimiliki dalam seni mempertahankan diri tersebut.

Tindakannya mendapat perhatian pengunjung yang kemudian mengerumuni tempat pertunjukan bagi menyaksikan dengan lebih dekat.

Menurut Shahfizal yang juga Jurulatih Silat Lincah Malaysia, tindakan itu dilakukan bagi ‘membalas’ pergerakan setelah dicabar anak buah yang sedang membuat pertunjukan ketika itu.

Mohd Shahfizal berkata, dia terus memulakan langkah apabila dicabar anak buah yang sedang beraksi.

“Saya juga tidak menyangka akan turut serta membuat pertunjukan kerana mengikut perancangan awal, hanya anak buah sahaja yang terlibat.

“Tetapi, secara tiba-tiba mereka ‘mencabar’ saya untuk turut serta dan saya menyambut cabaran itu tanpa dirancang. Namun Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar akhirnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Nor Hasliza yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta turut terkejut dengan tindakan suami yang secara tiba-tiba meninggalkan kerusi pengantin untuk beraksi.

“Saya juga tidak menyangka suami akan membuat persembahan kerana dia pun tidak membuat sebarang persiapan,” katanya.

TONTON APOKALIS X - MOVIE -8

http://bit.ly/1h7iV5d

http://bit.ly/1dLusCE

http://bit.ly/1dLufPT

http://bit.ly/1h7isQx

http://bit.ly/1h7i84g
Apokalips X

Selepas Perang Dunia ketiga, beberapa serangan bom kimia dan nuclear telah menyebabkan ramai penduduk dewasa terbunuh dan yang tinggal hanyalah kanak-kanak. Setelah anak-anak muda itu membesar tanpa bimbingan yang betul, mereka telah berpecah kepada lima puak iaitu Merah Putih diketuai X (Farid Kamil), Taring Led yang dipimpin Sri Gala (Peter Davies), Flora diketuai oleh Kulat (Zoe Tan), Teratai diketuai Melur (Vasanth) dan Jengking diketuai oleh Y (Jehan Miskin). Mereka cuba berebut kuasa dan semua orang menyedari hanya yang kuat sahaja akan terus hidup.

Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 3 April 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Farid Kamil, Peter Davies, Zoe Tan, Jehan Miskin

24 Mac 2014

TONTON MOVIE BALUN

Balun

Balun mengisahkan Hassan yang pulang dari luar negara dan dia mengambil keputusan untuk balik dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Taiping, kerana banyak perkara harus diselesaikan terutama perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu. Setibanya Hassan di bandar Taiping, Hassan diancam dua pihak yang berbeza iaitu pihak gangster dan penyamun di kampung kerana dia menggagalkan cubaan merompak yang dilakukan mereka di sebuah pasar raya. Insiden itu membawa Hassan ke kampungnya yang sudah hampir 17 tahun ditinggalkan. Hassan hampir terlanggar seorang gadis bernama Nur Ain ekoran dikejar penyamun. Sekumpulan pesilat kampung yang diketuai Uwais menyerang Hassan tapi dihalang Tok Penghulu.

Klasifikasi: NA
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 10 April 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: NA
Pengarah: Bob Singah
Pelakon: Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim

BAYI COMEL GEMOK GEDEMPOL

Bogota: Sebuah badan kebajikan berusaha “menyelamatkan” bayi seberat 19.6 kilogram yang disifatkan paling obes di Colombia.
Santiago Mendoza yang baru berusia lapan bulan dAan sudah mencapai berat badan seperti kanak-kanak berusia enam tahun itu diterbangkan dari rumahnya di Valledupar ke Bogota minggu lalu.
Sukarelawan dari Yayasan Chubby Hearts mengambil langkah untuk membantu Santiago selepas ibunya Eunice Fandiño, menulis surat memohon bantuan mereka.

Eunice mengakui sikapnya yang “tidak ambil tahu” menyebabkan anaknya mengalami obesiti kerana setiap kali anaknya menangis dia akan memberinya makanan atau susu untuk meredakan tangisannya.  BACA LAGI

23 Mac 2014

ZOMBI KILANG BISKUT - TONTON

Zombi Kilang Biskut (Malay)
"Zombi Kilang Biskut" tells the story of Husin, who returns to Kampung Pisang to work in a biscuit factory in Taiping as a 'supervisor' after having been cheated on by the 'Get Rich Quick' scheme in Singapore. In the factory itself, Husin meets his old friends again including Usop, Deris and Mat Karan. They then get involved in solving a mystery, with violent zombies in the factory itself.
Classification: P13
Genre: Comedy
General Release Date: 20 Mar 2014
Running Time: 1 Hour 50 Minutes
Distributor: Tgv
Cast: Awie, Sofi Jikan, Ucop Wilcha
Director: Mamat Khalid
Format: 2D

PISAU LIPAT HABUAN ISTERI INGKAR - KUALA LUPUR

Kuala Lumpur: Berang isterinya keluar rumah tanpa izin, seorang lelaki bertindak kejam dengan menoreh muka wanita terbabit menggunakan pisau lipat di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun menerima lapan jahitan di muka dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin suaminya berusia 30 tahun untuk pulang ke rumah ibunya di Batu Caves, namun permintaan itu ditolak.

“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.

“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit pulang sebelum mendapati isterinya tiada lalu bergegas mencarinya,” katanya BACA LAGI

BERBOGEL LAWAT SUAMI DALAM JEL

Virginia: Seorang wanita berdepan tuduhan berkelakuan tidak sopan selepas dia melawat suaminya di Penjara Arlington dalam keadaan berbogel.
Maura Fussell, 26, datang melawat suaminya petang semalam selepas lelaki itu ditahan pada sebelah pagi namun pihak polis berkata mereka tidak pasti sama ada dia memang siap berbogel ketika datang melawat atau mula menanggalkan pakaian setibanya di penjara itu.
Namun, apa yang pasti, dia berada dalam keadaan mabuk ketika itu.
Dia bagaimanapun enggan memakai kembali pakaiannya, menyebabkan pihak polis memberi kata dua sama ada mereka menghubungi teksi untuk membawa dia pulang atau dia bermalam dalam lokap.
“Anggota kami memberi peluang kepadanya untuk pulang menaiki teksi yang kami hubungi, tetapi dia enggan berbuat demikian dan memilih untuk bermalam di lokap,” kata jurucakap polis Arlington, Dustin Sternbeck.

- Agensi link http://www.hmetro.com.my/articles/Bogellawatsuamidalamjel/MA/Article

Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor : Epi 1


cara buat ikan lengat / ikan rebus

  1. ummy - Wed 14/Jul/2010 4:01pm
    Kalau kat utara depa panggey ikan lengat.

    siang ikan kembong dan cuci bersih(kalu juai kat kedai depa tak siang pun ikan tu). gaul ngan garam halus dan kukus smpai masak (biasa smpai terkeluaq mata ikan)..dah sejuk susun cantik2 dlm bekas.. bole tahan lama kalu simpan dlm freezer  
  2. Zila 6 - Wed 14/Jul/2010 7:58pm
    Salam. Wah...Boleh cuba kat rumahni... Tq mummy kongsi ilmu... Tapi kalau tak jadi kena la beli dekat kedai juga...
    http://azilayasin.blogspot.com  
  3. Sha 8 - Wed 14/Jul/2010 8:28pm
    siang ikan, cuci bersih. x perlu belah pd badan ikan. kemudian rebus ikan dengan air agak2 tenggelam ikan tu bersama asam keping dan garam. rebus sampai air kering. kmudian biarkan sejuk baru susun dlm bekas dan bleh simpan dlm peti ais.  
  4. Zameer Hasim - Thu 15/Jul/2010 9:26am
    Tkasih mummy & sha no nanti sya cuba. nak tau gak sukatan garam/asam keping banyak mana (cth 5 ekor ikan) supaya rasanya enak-enak gitu 

21 Mac 2014

PELAKON LUCAH TERSEKSA

Durham: Seorang siswi Universiti Duke memang menjangkakan orang ramai akan membencinya sebagai pelakon filem lucah, tetapi dia tidak pernah bersedia menghadapi kebencian sehingga ada yang sanggup mengancam nyawanya.
Malah, kata Belle Knox, 19, sesetengah pihak juga memuat naik butiran keluarganya di Internet dan mengugut untuk merogol atau membunuhnya. “Ia sangat dahsyat. “Keselamatan saya sekeluarga benar-benar terancam,” katanya.

Sejak dua bulan lalu, kerjaya Knox dalam bidang pornografi menggemparkan sekolahnya di Durham, North Carolina hingga satu tahap dia tidak boleh menghadiri majlis terbuka.
Kata Belle, keadaannya sangat memalukannya.

Kadang-kadang, katanya, ada lelaki mabuk akan menjerit kepadanya: “Kau bintang porno!” manakala golongan wanita pula memandangnya dengan sinis. Walaupun tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya, Belle berkata, provasinya seakan diceroboh apabila ada orang memuat naik identiti lengkapnya di Internet. “Ia sangat teruk dan menakutkan betapa taksubnya mereka. “Mereka memandang saya seolah-olah saya sangat jijik,” katanya ketika ditemui media. Kesulitan hidup Belle bermula di sebuah parti apabila seorang lelaki yang pernah melihat aksinya dalam filem lucah mendedahkan rahsianya. - Agensi

SUMBER http://www.hmetro.com.my/articles/Pelakonlucahterseksa/Article

BUAH EPAL KEMBAR MERAH HIJAU PELIK

Kingston (Australia): Seorang wanita terkejut apabila pokok epal di halaman rumahnya mengeluarkan buah “kembar,” lapor media semalam.
Mel Staples berkata, dia meminta anak lelakinya yang berusia lapan tahun untuk memetik buah itu di halaman rumah mereka untuk dimakan.

Namun, katanya, dia terkejut kerana ia sangat berbeza daripada epal biasa. “Epal itu kelihatan seperti cantuman epal hijau dan merah dan ia bercantum dengan baik,” katanya.
Epal pelik itu tumbuh di laman rumah Mel di Kingston, selatan Tasmania.

Mel juga memuat naik gambar epal berkenaan ke laman sosial dan menarik perhatian rakan-rakannya.

“Mereka tidak mempercayai epal ini dan menuduh saya mewarnakan buah berkenaan sebagai bahan jenaka,” katanya.
FotoMEL menunjukkan buah epal ‘kembar’ yang ditemui di pokok laman rumahnya.
Sementara itu, pakar penanaman epal, Bob Magnus berkata dia belum pernah melihat epal seperti itu.

“Epal itu sangat jarang ditemui tetapi pelbagai jenis mutasi boleh berlaku pada setiap masa,” katanya.
Magnus berkata, epal sememangnya melalui proses mutasi secara semula jadi dan epal gala atau epal merah yang ada kini adalah sangat berbeza daripada generasi asal.

“Amalan kacukan epal bukan sesuatu yang aneh kerana apa yang anda jumpa di kedai kini kebanyakannya melalui proses berkenaan,” katanya. - AFP

REMAJA DI TIKAM 57 KALI DAN DI TANAM HIDUP-HIDUP

Dublin: Seorang remaja Chechnya berdepan dengan maut apabila diserang dan ditanam hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki tempatan, lapor media semalam.
Adam Labazanov berkata, dia diculik kumpulan terbabit sebelum dibogelkan.

Mereka juga, kata remaja berusia 19 tahun itu, bertanya latar belakangnya.
“Selepas saya mengaku berasal dari Chechnya dan beragama Islam, mereka menikam kemaluan serta seluruh badan saya,” katanya. Pemeriksaan perubatan mendapati secara keseluruhan Adam mengalami 57 tikaman.

Menurut Adam, disebabkan tidak mampu melawan, dia terpaksa berpura-pura mati. Keadaan itu mendorong kumpulan lelaki terbabit menanamnya tanpa menyedari dia sebenarnya masih hidup. Kata Adam, dia dalam perjalanan ke tempat kerja bersama bapa tirinya, Alikhan Bakaev, kira-kira jam 5.15 pagi apabila laluan mereka dihalang sekumpulan lelaki kononnya pengawal keselamatan tempatan di Jalan Bohernabreena, Tallaght, Dublin Selatan Katanya, dia dan Alikhan menaiki kereta untuk ke tempat kerja mereka di sebuah ladang.

Tiba di Jalan Bohernabreena, sebuah kereta lain memotong dan mengarahkan mereka berhenti. “Lelaki dalam kereta berkenaan mengancam menahan bapa tiri saya tetapi kami mengesan pembohongan kumpulan terbabit dan cuba melarikan diri,” katanya. Walaupun Alikhan berjaya melarikan diri, Adam tidak bernasib baik dan ditangkap penjenayah terbabit. “Mereka asyik mengulang-ulang ugutan untuk membunuh saya dan membuang mayat saya ke sungai,” katanya. Kereta Alikhan juga dibakar. “Apabila saya diheret ke dalam kereta mereka, saya ditikam berkali-kali di kaki, bahu, belakang, muka dan perut,” katanya. Selepas kira-kira tiga kilometer, penjenayah itu berhenti dan menariknya keluar.
FotoAdam Labazanov
Ketika itu, kata Adam, dia sedar satu-satunya cara untuk menyelamatkan diri ialah dengan berpura-pura mati. “Mereka membogelkan saya dan menutup saya dengan daun dan pasir sebelum berlalu pergi.

“Saya tak pernah mengalami rasa takut sebegitu sebelum ini,” katanya ketika ditemui. Sementara itu polis berkata, mereka percaya serangan itu dilakukan secara rambang. - Agensi

BUAYA BETINA MATI MENGAWAN

The Hague: Seekor buaya betina daripada spesis terancam mati kelemasan di sebuah zoo di Belanda semalam ketika mengawan dengan seekor lagi buaya jantan “dominan.”
Menurut pengurusan zoo berkenaan, buaya betina itu tidak dapat menanggung tabiat mengawan ganas pasangannya yang dominan .

Kata jurucakap zoo itu, tubuh buaya air tawar berkenaan ditekan dengan kuat menggunakan mulut buaya jantan sebagai langkah menunjukkan penguasaannya. BACA LAGI

20 Mac 2014

85 PELAJAR DITIDURI PENSYARAH UNTUK LULUS PERIKSA

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.BACA LAGI

kemlangan maut di juru

JURU, 19 MAC : Lima remaja terbunuh apabila kereta mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok dalam kejadian di Kilometer 141.9, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, depan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, di sini, 10.20 malam tadi.

Berikutan perlanggaran itu, tiga daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka tersepit di dalam kereta yang remuk.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Prai Norizal Md Rabani berkata, dua daripada mangsa tersepit di bahagian pemandu dan penumpang hadapan.

“Kami mengambil kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terpaksa memotong badan kenderaan menggunakan alat pemotong khas.

Keadaan kereta yang mengorbankan 5 remaja di depan R&R Juru.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 10.03 malam dan sampai ke lokasi bersama sebuah jentera dan 17 anggota beberapa minit kemudian,” katanya.

Semua mangsa yang maut berusia 17 hingga 18 tahun dan berasal dari Sungai Bakap, Nibong Tebal, manakala seorang lagi rakan mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian selepas keluarga seorang daripada mangsa yang tiba terus menangis.

Empat mangsa yang terbunuh adalah Tan Chee Win, 17, Mar Jing Quan, 18, Song Jing Ping, 17, dan Chye Zhi Fei, 17, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.

19 Mac 2014

MANGKUK AYAM BERNILAI RM131 JUTA -8

http://bit.ly/1duLvsH

http://bit.ly/1gM0V00
http://bit.ly/1j40gdH
Hong Kong: Satu mangkuk yang sangat jarang ditemui dijangka mencecah harga £24 juta (RM131 juta) apabila dilelong bulan depan
“Mangkuk ayam” Chenghua dibuat dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kini hanya tinggal empat sahaja dalam simpanan pemilik persendirian. BACA LAGI

nak kerja kena buat hubungan sulit - berita

Riyadh: Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 sebatan ke atas seorang lelaki India yang didapati bersalah memaksa gadis tempatan mengadakan hubungan sulit dengannya jika mahukan pekerjaan.
Pihak defendan memberitahu mahkamah dia akan merayu terhadap hukuman itu manakala pendakwa berkata mereka akan menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan.baca lagi

CARA SEMAK SPM DAN STPM 2014 ONLINE DAN SMS

www.mpm.edu.my

Calon boleh menyemak keputusan mereka di pusat peperiksaan berdekatan atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888

18 Mac 2014

KACANG LUPAKAN KULIT - ANWAR IBRAHIM -8

http://bit.ly/1iYKOPQ
SHAH ALAM - Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan. 
Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen sebagai tidak wajar.
Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit" kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini. 
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di dalam kempen dan ceramah pilihan raya.

17 Mac 2014

APA KATA RIDHUAN TEE TENTANG MH370,DAN BOMOH ??

MENGGUNAKAN bomoh dan sihir mencari MH370 telah menjadi bahan ketawa dunia. Rakyat Malaysia di luar negara, termasuk anak-anak saya yang berada di Iskandariah, Mesir, amat malu dengan kejadian ini.

Kita sering mendakwa, kita adalah negara Islam contoh. Hari ini, kita sedang ditertawakan kerana percaya kepada perkara-perkara khurafat, tahyul dan tidak masuk akal.
Persoalannya siapakah yang memanggil bomoh tersebut?

Apakah orang tersebut pernah menggunakan khidmat bomoh? Apakah tujuan khidmat bomoh itu digunakan? Jika benarlah ‘kesaktian’ bomoh tersebut, buatlah di tempat tertutup, bukanlah tempat terbuka sebegitu, hingga menjadi perhatian dunia, dengan alat lucu seperti teropong buluh, tikar, kelapa, labu sayung dan lain-lain.

Kejadian ini mengingatkan saya kenapa ajaran sesat berleluasa? Walaupun tidak masuk akal, tetapi ramai yang mempercayainya, terutama kalangan orang Melayu.
Bayangkan bagaimana kita boleh mempercayai ada orang mengakui diri dia tuhan, Imam Mahdi, Rasul dan sebagainya.

Pengikut Ayah Pin mempercayai Ayah Pin boleh hidup di alam langit. Begitu juga pengikut Harun yang percaya Harun boleh menjadi tuhan. Ini tidak termasuk orang Jawa yang mengakui Imam Mahdi.

Jika ditanya orang kafir sekalipun, walaupun mereka sudah syirik, mereka tidak akan mempercayai perkara tersebut. Dalam isu kehilangan MH370, paling kurang, mereka tampil bermeditasi dan berdoa mengikut cara masing-masing. Penampilan mereka tidak pelik.

Sebagai umat Islam, segala tindak-tanduk kita mestilah berteraskan kepada al-Quran dan Sunnah. Apa jua perbuatan yang bercanggah, hendaklah ditolak kerana boleh menjejaskan akidah. 

BACA LAGI

15 Mac 2014

PROTON KELUARKAN KERETA HIBRID -8

http://bit.ly/1dfKrsz

http://bit.ly/1iURnTK

http://bit.ly/1iURb70


Kuala Lumpur: Kereta hibrid pertama nasional akan dilancar akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri.

Ia adalah fasa pertama pengeluaran kenderaan elektrik secara komersial yang dihasil dan dipasarkan Proton Holdings Bhd (PROTON) menerusi program pembangunan dan penyelidikan (R&D). BACA LAGI

pasir puteh - ayat AL -QURAN HILANG ??

PASIR PUTEH - Beberapa hari lalu warga sekolah agama Maahad Saniah di sini, gempar dengan cerita ayat al-Quran hilang beberapa muka surat yang disedari pelajar sekolah berkenaan.

Berikutan itu, pihak pengurusan Maahad Saniah meminta pelbagai pihak tidak memperbesarkan cerita mengenainya kerana tidak pasti sama ada ia benar-benar lesap atau kesilapan percetakan.

Pengetuanya, Rusli Ariffin berkata, pihaknya sudah menyimpan satu naskhah al-Quran milik surau sekolah itu dan satu naskhah al-Quran bersaiz kecil milik seorang pelajar tingkatan tiga.

“Saya ada tengok al-Quran tersebut tapi saya tidak pasti dan sukar untuk saya tentukan sama ada ia silap cetak atau memang betul ia hilang,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan semalam.

Menurutnya, penyebaran mengenai berita kehilangan ayat pada muka surat itu menerusi laman sosial perlu dihentikan kerana kepastian sebenar belum diketahui yang mungkin hanya disebabkan kesilapan teknikal semasa proses percetakan.

Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya’ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.

Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.

Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba’, al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa’.

Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.

“Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.
“Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,’ katanya.

Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/gempar-ayat-al-quran-hilang-1.259970

11 Mac 2014

SEGAMAT- DARJAH 6 DI CEKOP BOGEL DLM BILIK


Budak Darjah Enam Dicekup Dalam Bilik Di Segamat | Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. “Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel. “Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis.

http://bit.ly/1iap9kQ

http://readthisstory.net/my-6303682

10 Mac 2014

BATMAN CURI PAKAI G STRING ...

Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita. BACA LAGI

LIPUTAN TERKINI MISTERI PESAWAT MH370 TV1

http://tvcabok.blogspot.com/2013/07/rtm-1-canel-2.html

APA KATA DR ASRI TENTANG MISTERI KEHILANGAN MH370

SHAH ALAM - Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menasihati masyarakat agar tidak menjadikan tragedi MAS sebagai bahan jenaka, sebaliknya menyeru agar semua rakyat Malaysia terus berdoa bagi keselamatan mangsa.

Menurutnya, sekalipun kita (rakyat) tiada semangat patriotik, kita wajar mampunyai nilai kemanusiaan serta merasa simpati terhadap tragedi yang menimpa itu.

"Tragedi MAS yang terhempas bukan bahan lawak ataupun senda gurau. BACA LAGI

Budak Darjah Enam Dicekup Dalam Bilik Di Segamat | Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan berbogel di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Sebelum itu, wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. “Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik,” katanya.

Menurutnya, wanita berkenaan juga mendapati terdapat seluar dalam lelaki di atas katil anak saudaranya. Anuar berkata, kanak-kanak perempuan itu mendakwa seluar dalam itu miliknya.

“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel. “Kedua-dua mereka mengaku melakukan hubungan terlarang. Mereka kemudian dibawa ke balai polis.

9 Mac 2014

spesifikasi honda city baru

ENJIN: 1.5 Liter, i-VTEC, empat silinder dengan 16 injap
KUASA MAKSIMUM: 120 PS pada 6,600 rpm
TORK MAKSIMUM: 145 Nm pada 4,600 rpm
TRANSMISI: CVT dengan tujuh kelajuan
TANGKI PETROL: 40 liter
SISTEM BEKALAN BAHAN API: Pancitan Bahan Api Elektronik
CIRI KESELAMATAN: Enam beg udara ,VSA dan kerusi belakang ISOFIX

gambar shamsul yusof haslam nikah

DENGAN sekali lafaz, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Mohd Yusof,  selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin  di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara hari ini.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Sementara itu,  pihak lelaki pula membalas tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Hadir sama, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail, ahli keluarga kedua-dua mempelai serta sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.

Begitupun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul yang  masih lagi belum stabil.

gambar nikah klik sini

LIPUTAN TV TERKINI PESAWAT MAS HILANG

8 Mac 2014

Pesawat MAS hilang - terkini

KUALA LUMPUR - Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

JANGAN MAIN-MAIN NALURI ISTERI

BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangka BACA LAGI

RAMAI ORG DERMA PAHALA DI INTERNET ??

SHAH ALAM - "Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet," demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain.

Menurut Dr Asri, 'derma' yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain. BACA LAGI

MAHKAMAH PUTUS ANUAR BERSALAH - LIWAT

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya sumber http://www.sinarharian.com.my/semasa/liwat-ii-mahkamah-putus-anwar-bersalah-1.257960

7 Mac 2014

batu nisan hidup - kelantan

Mungkin ramai tidak percaya kejadian aneh enam batu nisan di perkuburan lama di Bertam, Gua Musang, Kelantan, hidup dan semakin tinggi sehingga mencapai ketinggian seorang dewasa.
Perkuburan lama dipercayai berusia lebih 150 tahun di Kampung Lintang itu ditemui penduduk lebih 30 tahun lalu.

VIDEO CERAMAH UAI DI MASJID BANDAR PUTERI JAYA SUNGAI PETANI KEDAH -8

ERROR...

http://bit.ly/1hQyONj

6 Mac 2014

FIZO TAYANG ISTERI ??

  • Fizo Omar
1 / 1
BIARPUN telah sah bergelar suami isteri, tindakan aktor, Fizo Omar yang sering dilihat berkepit membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja dia pergi telah mengundang pelbagai persepsi.

Ada juga segelintir pihak yang menyifatkan Fizo seakan menayang isterinya di khalayak ramai.

“Mestilah saya bawa ke mana sahaja sebab dia isteri saya. Saya akui memang selalu bersamanya.

BACA LAGI

WAJAH GEMBIRA TERIMA BR1M


ROMPIN - LORI BOMBA TERBAKAR DI LADANG

  • Lori bomba terbakar berhampiran kebakaran hutan Keadaan lori bomba yang hanya tinggal rangka dibakar api.
1 / 1
ROMPIN – Sebuah lori bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin terbakar sekitar jam 1 petang semalam, ketika operasi pemadaman di Ladang Sungai Endau sedang dijalankan.

Difahamkan, ketika kejadian, lori yang dinaiki dua anggota itu dalam perjalanan untuk mengambil makanan di pejabat pengurusan ladang untuk diberi kepada anggota bomba yang bertugas dan pekerja ladang yang turut terlibat membantu operasi pemadaman.

PASANGAN PELAJAR 14 THN DI TANGKAP DLM TANDAS

Tajuk itu mungkin tidak mengejutkan sebilangan kita.

Kejadian berlaku di Tenom, Sabah.

Pasangan pelajar lelaki dan perempuan, berusia 14 tahun ditemui oleh guru disiplin di dalam keadaan tidak terurus. 


Pelajar lelaki mengaku baru sahaja selesai mengadakan hubungan seks bersama teman wanitanya. Suspek berkata pernah melakukan perbuatan sama, 2 kali sebelum itu. 

Bapa pelajar perempuan dimaklumkan mengenai kes itu kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kedua mereka, remaja di bawah umur dan bukan pembuat keputusan berkredibiliti.

PETUA TUMIT KAKI PECAH DAN KEMATU -8

http://bit.ly/MOufqR
http://bit.ly/MOtPki

http://bit.ly/MOubar

http://bit.ly/MOu1jr
Tumit kaki pecah?
Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog