D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

1 Mac 2014

MISTERI MASJID KAMPUNG KUALA DULANG

Tempat saji makanan ghaib sejak 300 tahun lalu selepas terhempas sehingga pecah ketika satu majlis jamuan di Masjid Kuala Dulang

Masjid Kuala Dulang mendapat nama dipercayai daripada satu peristiwa yang berlaku di masjid berkenaan apabila ada sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan untuk semua jemaah.Siapa menyediakan dulang berisi makanan berkenaan tidak diketahui dan peristiwa itu berterusan sehinggalah dulang aneh itu ghaib secara tiba-tiba. Malah, mitos mengenainya masih diperkatakan sehingga sekarang.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Samah, 71, mengakui cerita mengenai dulang itu dikatakan benar-benar berlaku menerusi beberapa versi cerita disampaikan beberapa penduduk awal yang menduduki kawasan berkenaan.Dia yang mula menduduki kampung berkenaan pada 1953 dan sudah berkhidmat sebagai siak di masjid itu sejak 15 tahun lalu berkata, mengikut cerita, dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka.
  • Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang lapar ternampak sebuah dulang di atas busut besar yang terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air.
  • Seorang jemaah mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai.
  • Dulang yang berisi makanan dijumpai selepas waktu zuhur.
  • Makanan sentiasa mencukupi.
  • Musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya.
  • Dulang tersebut ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang berlaku kecuaian disebabkan oleh jemaah surau.
  • Sejak itu tiada lagi dulang yang berisi makanan untuk dinikmati jemaah sebaik selesai mengerjakan sembahyang zuhur.
Pernah berlaku dua kali banjir besar di kampung berkenaan iaitu sebelum merdeka dan pada 1970 tetapi masjid berkenaan tidak ditenggelami air.Ramai penduduk yang hairan dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang.

Berdasarkan orang alim dan ulama yang pernah mendengar keajaiban itu, mereka dapat melihat pelampung di bawah masjid berkenaan dan apabila banjir, pelampung itu akan menolaknya ke atas bagi mengelakkannya tenggelam.

Walaupun sudah tiga kali pengubahsuaian dijalankan hingga membolehkan masjid itu menampung 400 jemaah, struktur dan identitinya asalnya masih dikekalkan bagi menjadikannya sebagai tempat bersejarah.

Tiang masjid berkenaan masih tiang asal dan tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga dikekalkan.Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid yang dibuat pada abad ke-16 ketika masjid berkenaan dibina.


SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog