Sejak empat
bulan yang lalu, Doris Birch, nenek berusia 73 tahun yang tinggal di
bandar British iaitu Herne Bay, dilaporkan diganggu beberapa malam oleh
hantu yang terus meraba-rabanya apabila dia cuba untuk berehat.
“Ianya seperti
sotong kurita. Ketika itu saya berbaring di katil dan sepasang tangan
menakutkan mulai terasa meraba-raba. Saya menendangnya dan tangan itu
hilang”, jelas Birch.
"Lain kali ia
datang saya lemparkan selimut tebal ke lantai!" Tetapi hantu itu terus
kembali dan Birch telah menggunakan langkah-langkah drastik untuk
berurusan dengan entiti tersebut.
“Saya perlukan pemburu hantu,” tegasnya. Mediator gaib Ray Herne mengatakan, dia akan cuba mengusir hantu itu.
Kejadian yang
disebut poltergeist seperti ini diyakini merupakan perbuatan hantu
jahat. Poltergeist sendiri berasal dari bahasa Jerman dari kata
'poltern' atau membuat kacau dan 'geist' yang bererti arwah.
Selain daripada
keganasan misteri dicabul itu, ketakutan bekas pembantu jururawat yang
tampil dengan cerita beliau mungkin membuatkan orang berfikir bahawa dia
tidak dapat untuk menjaga dirinya sendiri.
Penyelidik
paranormal dan blogger Huffington Post iaitu Alexandra Holzer berkata,
adalah sukar untuk mengetahui apa yang memberi inspirasi serangan
seksual yang menyeramkan itu tanpa siasatan penuh yang sepatutnya dengan
pemeriksaan pengantara-trans yang terlatih dan penyelidik serta sejarah
rumah Birch sendiri.