Los Angeles: Seorang bekas guru mengaku menutup mata dan memberi anak muridnya makan biskut disalut air maninya.
Mark Berndt,
62, mengaku bersalah terhadap 23 tuduhan yang dilakukan terhadap 30 anak
muridnya di Sekolah Rendah Miramonte, Los Angeles. Dia mungkin dihukum
penjara 25 tahun.
Berndt dilapor
menggelar tindakannya itu permainan merasa dan menawarkan biskut disalut
air maninya kepada pelajar yang ditutup mata mereka. Sebelum membuat
pengakuan, ibu mangsa membuat kenyataan di mahkamah mendakwa hidup anak
perempuan mereka kini musnah. Menurut laporan, ada pelajar yang kini
mengalami masalah pemakanan.
Berndt akhirnya ditahan selepas juruteknik gambar kedai menjual ubat melihat gambar pelajar berusia lapan tahun ditutup mata.
Polis kemudian menemui sudu plastik yang mengandungi air mani di kelas itu.
Dia turut disyaki meletakkan lipas di muka pelajar yang ditutup mulutnya.
Peguambela Manny Medrano memaklumkan kepada stesen televisyen KTLA 5, Berndt amat kesal dengan perbuatannya itu.
Tertuduh
mengajar di sekolah itu selama 30 tahun dan dipecat pada 2011 selepas
dakwaan terhadapnya dibuat. Berndt ditahan pada Januari 2012.
sumber : http://www.malaysiasensasi.net/2014/03/guru-paksa-30-murid-makan-biskut.html