SHAH ALAM - Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mengaitkan nama 'Raja Bomoh' dalam satu ceramah politiknya di
Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan.
Datuk Ibrahim Mat Zin yang dipetik sebuah blog berkata, tindakan Anwar
mahu meraih populariti dengan menggunakan namanya sewaktu berkempen
sebagai tidak wajar.
Malah Ibrahim turut mendakwa, Anwar sebagai "kacang yang lupakan kulit"
kerana melupakan budi yang pernah diberikannya sebelum ini.
“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia
jadi Menteri Pertanian dia datag ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia
datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu
nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita”
katanya.
Beliau turut menjelaskan akan memfailkan saman malu terhadap Ahli
parlimen Permatang Pauh itu kerana menggunakan nama dan popularitinya di
dalam kempen dan ceramah pilihan raya.