D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

30 Mac 2012

Solat Sunat Nikah


JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai?

Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?

HAMIMAH,
Johor



Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.


Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (lihat, http://www.iluvislam.com/tanya-ustaz/2817-solat-sunat-nikah.html).

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Solatsunatselepasmajlisakadnikah/Article

29 Mac 2012

Masalah Payudara Berair


SAYA berusia 37 tahun dan belum berkahwin. Saya dapati payudara sebelah kiri saya berair jika ia dipicit.

Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan imbasan ultra dan mendapati benjol berair pada payudara kiri dan doktor memberitahu ia tidak berbahaya. Apakah masalah saya ini?

ANANDY,
Petaling Jaya, Selangor.


MEMANDANGKAN kini sudah ada perubahan pada payudara anda (keluar cecair), anda dinasihati menjalani pemeriksaan doktor semula.


Sama ada benjolan berkenaan kini sudah boleh dikesan, dipegang atau hanya dikesan menggunakan kaedah ultrabunyi, mungkin kini anda ingin memilih untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut seperti mengambil sedikit sampel tisu atau cecair terbabit untuk dihantar ujian pengesahan makmal.

Berkemungkinan ia hanya cyst biasa saja, tetapi pengesahan terbabit dapat menghilangkan kebimbangan anda, lebih-lebih lagi jika ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit kanser payudara.

Anda boleh berjumpa doktor di klinik bedah am atau pakar bedah am atau pakar bedah yang berpengkhususan pembedahan payudara.


sumber ;http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Risaupayudaraberairjikadipicit/Article/index_html

28 Mac 2012

Gatal Sejak Sekolah


SAYA berusia 21 tahun dengan berat 60 kilogram dan ketinggian 148 sentimeter. Saya belum pernah melahirkan bayi dan kini menghadapi masalah sering gatal pada bahagian klitoris. Pada kebanyakan waktu, ia gatal di bahagian bibir lubang faraj.

Disebabkan terlalu sakit, saya pernah ke klinik tetapi hanya diberikan ubat kulat. Saya musykil kerana sejak bersekolah sehingga kini, masalah terus berlarutan terutama selepas melakukan hubungan kelamin. Harap doktor dapat membantu.

JUDE,
Shah Alam, Selangor.


KLITORIS lazimnya terlindung oleh tisu prepus. Begitu juga dengan lubang faraj yang dilindungi oleh bibir atau labia minora. Ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Geselan sewaktu hubungan seks atau memakai seluar yang ketat juga boleh mengundang jangkitan kuman yang sedia ada pada permukaan kulit memasuki luka atau abrasi halus akibat geselan terbabit.

Jangkitan yang berlarutan serta perbuatan menggaru akan melukakan permukaan kulit dan boleh menyebabkan jangkitan tambahan. Selain itu, memandangkan kedudukan lubang kencing (uretra) berhampiran, tidak mustahil seseorang wanita boleh turut mengalami jangkitan pundi kencing.

Mencuci kemaluan dengan teknik yang betul dapat mengelakkan kuman dari bahagian dubur memasuki faraj dan uretra, dubur juga satu punca kuman.

Pemeriksaan doktor dapat membantu menelah dengan betul melalui ciri-ciri lelehan atau rupa pada kawasan jangkitan terbabit. Ujian air kencing dan kesatan faraj yang dikultur pula dapat mengesan beberapa jenis kuman serta jenis ubat yang sesuai.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gatalsejaksekolah/Article/index_html

23 Mac 2012

22 Mac 2012

Tempat Untuk Menjual Komputer Lama Dan Rosak


INI UTK YG ROSAK, OBSOLETE DAN KORANG DAH NAK BUANG
HARGA: LATEST UPDATE 23/3/2011

MONITOR: Tidak Pecah/No Burnmark = RM10.00

MONITOR: Burnmark = RM7.00

MONITOR: Pecah = RM3.00

MONITOR ROSAK: lump sum tanpa check burnmark atau pecah = rm9.00

CPU ROSAK: complete/belum dibuka Pentium 3 ke bawah = RM10.00

CPU ROSAK: complete/belum dibuka Pentium 4 = RM12.00

CPU: JUNK/sudah dibuka barang x complete = RM5.00

SERVER: complete/belum dibuka = RM20.00

SERVER: sudah dibuka/barang tidak cukup =RM10.00

MOTHERBOARD:RM3.00

HARD DISK: RM1.50

POWER SUPPLY: RM1.00

LAPTOP/NOTEBOOK: RM10.00 HINGGA RM150.00

UNTUK PERTANYAAN, INFO ATAU HARGA UTK BARANG YG SAYA TIDAK SENARAIKAN SILA SMS ATAU CALL K....

dream ace tech: Phone


16 Mac 2012

Tip Atasi Masalah Memory Internal ZTE V9


Kepada pengguna ZTE v9 ..
ini adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah tak cukup
ruang memori dalaman utk install pelbagai aplikasi...

langkahnya adalah seperti di bawah....
dimana selepas anda lakukan proses tersebut...
hampir kesemua applikasi yg anda install boleh di pindah msk ke memory card...
baca segala arahan dengan betol sebelum membuat keputusan....

(tip: jangan pindah applikasi system or lain2 yg tersedia ada(masa beli)...pindah aplikasi yg kita install sendri sahaja ke memory card...insyaalah ok...selamat)




Langkah rooting z4root : Langka 1 (apa itu root)

- download software z4root
- extract file zip yang anda download dan copy ketiga file ke microSD
- Install z4root dengan melalui file .apk-nya menggunakan file manager dlm ZTE
- Jalankan aplikasi dan pilih permanent root
- tab akan restart dan sudah siap rooted

langkah 2

Pada dasarnya, aplikasi Link2SD ini akan mengubah partisi external memory anda menjadi tempat instalasi aplikasi. Cara ini lebih efektif karena hampir tidak menggunakan memory internal, kecuali ada beberapa file library yang harus disalin ke folder system.

Untuk menjalankan Link2SD, ada beberapa tahap yang harus dijalankan dan ada tool pembantu yang harus anda download. Langkah-langkah untuk menginstall Link2SD :

- Download dan install aplikasi untuk membuat partisi yaitu minitool partition wizard (freeware) disini

- Siapkan microSD berkapasiti minimal 2 GB dengan class minimal adalah class 4 meskipun demikian memory class 2 bisa anda pakai dengan catatan kecepatannya stabil, saat ini saya menggunakan microSD 8 GB class 2 merk visipro.
- Sambungkan tablet anda ke PC dengan kabel data dan mount sebagai USB Drive
- Jalankan minitool partition, jika external memory tablet anda sudah terbaca oleh minitool, pilih external memory anda dan resize partition FAT32 ikut kesesuaian, dalam hal ini saya menggunakan space 1GB untuk tempat instalasi aplikasi.
- Buatlah partisi ext2 atau ext3 dan buat sebagai partisi primary, jangan sampai salah ke partisi logical karena Link2SD tidak akan bisa mengenali partisi tersebut. Jika sudah, klik tombol apply fan tunggu sampai minitool selesai menjalankan tugasnya.
- Matikan fungsi USB Drive.
- Buka google market, dan search aplikasi Link2SD.
- Install dan jalankan Link2SD, selanjutnya Link2SD akan mengenali partisi ext2 yang ada di microSD anda, jika ada permintaan approval root access dari aplikasi ini, pilih tombol allow dan Link2SD akan memasukkan script automount kedalam system dan akan meminta anda merestart handheld anda.
- Setelah merestart tabletjalankan aplikasi link2SD, dan masuk ke menu setting untuk mengaktifkan fitur auto link, fitur ini berfungsi untuk mengotomatisasi pemindahan aplikasi ke microSD.


(tip: jangan pindah applikasi system or lain2 yg tersedia ada(masa beli)...pindah aplikasi yg kita install sendri sahaja ke memory card...insyaalah ok...selamat)


PERINGATAN : SEGALA KEROSAKAN DAN KESILAPAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI MELAKUKAN ROOT INI BOLEH MENYEBABKAN WARRANTY ANDA TERBATAL. PIKIR DAHULU SEBELUM BUAT..

HARGA PASARAN TERKINI ZTE V9

11 Mac 2012

Masalah Hutang Pada Orang Bukan Islam


SAYA pernah berhutang dengan rakan bukan Islam dan hingga kini belum menjelaskannya. Saya cuba mencarinya namun gagal kerana dia sudah berpindah dan tiada siapa tahu alamat serta nombor telefon untuk dihubungi.

Bagaimana caranya untuk menyelesaikan hutang itu, adakah boleh saya bersedekah dengan berniat untuk membayarnya?

AZIZ
Kuala Kangsar, Perak


Hutang ialah tanggungjawab yang wajib dilangsaikan, tidak kira sama ada pemberi hutangnya beragama Islam atau bukan Islam. Jika pemberi hutang tidak dapat dikesan selepas pelbagai ikhtiar dijalankan, harus bersedekah wang itu bagi pihak pemberi hutang beragama Islam.


Bagi pemberi hutang bukan beragama Islam, ia boleh digunakan untuk membuat apa-apa kebajikan bersesuaian kerana mereka tidak bersedekah kerana Allah.

Apapun, jika warisnya datang menuntut, wang itu wajib dikembalikan. Cukuplah ada niat baik untuk melangsaikan hutang itu dan ia akan dihisab oleh Allah SWT.


sumber : http://www.hmetro.com.my/

10 Mac 2012

Untuk Orang - Orang Kedah Sahaja


ANDA DI JEMPUT HADIR

Untuk Orang Kampar dan sekitarnya



COMPUTER FAIR DATARAN KAMPAR BANDAR BARU
8-11 MARCH 2012

Kekasih Tiduri 20 Lelaki - Pengajaran untuk Anda

SAYA berusia 24 tahun dan bekerja di syarikat yang teguh di Malaysia. Saya sering bertugas luar daerah. Dipendekkan cerita, Disember lalu, saya bertugas di Johor. Ketika di sana, saya bertemu seorang gadis yang bekerja di kedai alat tulis.

Wajahnya yang lembut dan tutur kata sopan membuatkan saya terpikat untuk mendekatinya. Saya tekad berkenalan dengan gadis itu dengan mengunjungi kedai terbabit.

Selepas seminggu berhubung, saya mulai terpikat dengan sikap lemah lembutnya dan mahu dia menjadi kekasih saya. Kami menjalin hubungan jarak jauh disebabkan kerja saya.

Usia saya yang masih muda dan mempunyai kerjaya tetap membuatkan dia yakin pada saya. Kami menaruh harapan hubungan itu berlanjutan sehingga ke alam perkahwinan.


Jarak usia lebih kurang empat tahun membuatkan kami mudah serasi. Saya makin sayang dan mencintainya sepenuh hati dan berjanji menerima dia seadanya. Semakin hari, semakin banyak dia ceritakan mengenai kisah hidupnya.


Saya banyak bertanya mengenai kisah silamnya, dan pada satu hari, hati saya terasa umpama dicincang, pedihnya tidak terkata. Dia mengaku dirogol oleh kekasihnya ketika di tingkatan dua.

Sungguhpun tidak rela, umur semuda itu membuatkan dia hanya mampu mengikut kehendak kekasihnya. Tidak lama kemudian kekasihnya melanjutkan pelajaran di tempat lain.

Ketiadaan kekasihnya membuat dia ketagih melakukan seks dan ketika berada di tingkatan tiga, dia mula mengikut ramai lelaki untuk bersama.

Saya sukar mempercayai ceritanya itu. Ketika ditanya berapa ramai, dia menjawab lebih 20 lelaki pernah ‘menjamah’ tubuhnya.

Malah, ada orang memanggilnya ‘bohsia’. Pedih hati mendengarnya. Tidak sangka, di sebalik wajah sopan dan ayu terpalit seribu kehitaman.

Dia berjanji akan berubah jika saya tidak meninggalkannya. Saya terfikir untuk tidak berhubung dengan dia lagi tapi saya bimbang dia kembali ke kehidupan lama.

Jujur saya katakan, tiada lagi rasa cinta dalam hati saya padanya. Yang ada hanya simpati. Patutkah saya terus tinggalkan dia saja?

ZIFF
Johor Bahru



Siapa mahu menerima buah sudah ditebuk tupai, andai punya pilihan lebih baik. Itu yang Dang Setia sedari apabila saudara meluahkan tawar hati dengan teman wanita sebaik mengetahui sisi hitamnya yang terbabas jauh.

Disebabkan sejarah hitam di mana dia pernah dirogol, teman wanita memilih jalan terjerumus lebih jauh sehingga menjalin hubungan dengan puluhan lelaki, membuatkan saudara seakan-akan ‘terpedaya’ dengan penampilannya yang ayu dan sopan.

Bagi Dang Setia, saudara perlu berterus terang mengenai apa yang saudara rasai sekarang sebelum hubungan cinta berlanjutan lebih jauh dan si dia menyimpan harapan menggunung terhadap hubungan cinta dia dan saudara.

Tambahan pula, saudara pernah menyatakan kesediaan mengakhiri hubungan hingga ke alam perkahwinan, jadi semestinya si dia menyimpan angan-angan bergelar suri dan keadaan bertambah sukar jika saudara lebih mengambil sikap berdiam serta menghilang.

Keputusan diambil saudara perlu jelas dan tekad. Andainya saudara tidak dapat menerima dirinya, berterus terang kepadanya. Jangan bermain tarik tali dan memberi harapan, sedangkan saudara mahu meninggalkannya.

Berlengah-lengah serta terus berdamping dengannya atas rasa simpati hanya mendera pasangan kerana saudara tidak sepenuhnya menyayangi. Jika hubungan berlanjutan ke gerbang perkahwinan, dikhuatiri saudara gagal memikul tanggungjawab sebagai suami.

Andai si dia tidak dapat menerima, katakan bahawa saudara tidak dapat menerima perkara berkenaan dan dia perlu berubah meskipun saudara kini bukan teman lelakinya.

Tindakan terus ‘menggauli’ lelaki lain hanya merosakkan dirinya. Dia perlu berubah supaya mempunyai kehidupan lebih baik dan tidak semestinya berubah sebaik menjalin hubungan dengan saudara.

Satu perkara mengenai diri teman wanita saudara yang Dang Setia kurang pasti ialah kekuatan dirinya untuk berubah atas kesedaran diri.

Seharusnya, perubahan ke arah kebaikan perlu daripada inisiatif sendiri dan bukan atas sebab tertentu kerana Dang Setia bimbang si dia bakal mengulanginya tanpa penuh sesalan.

Tidak dinafikan lelaki berkahwin perlu mencari isteri baik supaya keharmonian rumah tangga berkekalan. Sebagaimana firman Allah dalam surah Nur ayat 24 yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.”


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kekasihtidurilebih20lelaki/Article/index_html

9 Mac 2012

Isu Kad Kawin : Jakim


KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad-kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat-ayat al-Quran.

"Istilah-istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya kepada Bernama hari ini.

Namun Othman berkata pihak yang terlibat meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimnapun ia patut dielakkan.


"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," jelasnya.


Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.

Katanya mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan Jakim, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Beliau berkata pelupusan bahan-bahan penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.

"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.

Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan tentang pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.

"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah-kalimah suci kita kena ikutlah," katanya. -- BERNAMA


SUMBER :http://www.hmetro.com.my/articles/Kadkahwinyangbercetakayatsucitidakbolehdibuangmerata-rata_Jakim/Article

8 Mac 2012

Khas Untuk Orang Taiping Kamunting Perak






E-KIOSK COMPUTER FAIR DI GIANT TAIPING PERAK 9-12 MARCH 2012
UNTUK MAKLUMAT LANJUT CALL : 04-5012901

DAPATKAN SET COMPUTER BEHARGA RM 359 SAHAJA

Kupu-Kupu Berwajah Manusia



Kupu-Kupu Berwajah Manusia

6 Mac 2012

Ibu Lesbian - Shah Alam

gambar sebagai hiasan

BENARKAH saya berdosa jika menegur kelakuan ibu yang melakukan hubungan sejenis? Apakah hukumnya terbabit hubungan sejenis?

Adakah perlakuan itu disebabkan kisah hidup lampau hingga mereka terjerumus dalam hubungan sedemikian? Ketika disoal, ibu hanya menganggap perlakuannya disebabkan takdir Allah.

Saya benar-benar buntu dan dan memerlukan penjelasan daripada Datuk.

AD

Shah Alam, Selangor


Setiap manusia bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Usah menyalahkan takdir atas setiap perlakuan yang kita ada kuasa memilih sama ada mahu melakukannya atau mahu meninggalkannya. Melakukan hubungan sejenis adalah berdosa dan perbuatan dikutuk dan dilaknati Allah.

Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menegur apabila mengetahui maksiat berlaku. Jika maksiat ini berlaku pada orang yang paling dihormati iaitu ibu sendiri, gunakanlah hikmah dan bahasa terbaik apabila menegur kerana pada masa yang sama, menghormati ibu tetap menjadi kewajipan.

Sayangkan ibu kerana perintah Allah maka tegurlah dia supaya dia tidak melanggar larangan Allah SWT.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibulesbian/Article/index_html

Wajah Sebenar Rey Mysterio - Video





Wajah Sebenar rey mysterio

5 Mac 2012

Cara Mudah Root Tablet ZTE V9 - android 2.2



langkah rooting z4root :

- download software z4root
- extract file zip yang anda download dan copy ketiga file ke microSD
- Install z4root dengan melalui file .apk-nya menggunakan file manager dlm ZTE
- Jalankan aplikasi dan pilih permanent root
- tab akan restart dan sudah siap rooted

langkah 2

Pada dasarnya, aplikasi Link2SD ini akan mengubah partisi external memory anda menjadi tempat instalasi aplikasi. Cara ini lebih efektif karena hampir tidak menggunakan memory internal, kecuali ada beberapa file library yang harus disalin ke folder system.

Untuk menjalankan Link2SD, ada beberapa tahap yang harus dijalankan dan ada tool pembantu yang harus anda download. Langkah-langkah untuk menginstall Link2SD :

- Download dan install aplikasi untuk membuat partisi yaitu minitool partition wizard (freeware) disini

- Siapkan microSD berkapasiti minimal 2 GB dengan class minimal adalah class 4 meskipun demikian memory class 2 bisa anda pakai dengan catatan kecepatannya stabil, saat ini saya menggunakan microSD 8 GB class 2 merk visipro.
- Sambungkan tablet anda ke PC dengan kabel data dan mount sebagai USB Drive
- Jalankan minitool partition, jika external memory tablet anda sudah terbaca oleh minitool, pilih external memory anda dan resize partition FAT32 ikut kesesuaian, dalam hal ini saya menggunakan space 1GB untuk tempat instalasi aplikasi.
- Buatlah partisi ext2 atau ext3 dan buat sebagai partisi primary, jangan sampai salah ke partisi logical karena Link2SD tidak akan bisa mengenali partisi tersebut. Jika sudah, klik tombol apply fan tunggu sampai minitool selesai menjalankan tugasnya.
- Matikan fungsi USB Drive.
- Buka google market, dan search aplikasi Link2SD.
- Install dan jalankan Link2SD, selanjutnya Link2SD akan mengenali partisi ext2 yang ada di microSD anda, jika ada permintaan approval root access dari aplikasi ini, pilih tombol allow dan Link2SD akan memasukkan script automount kedalam system dan akan meminta anda merestart handheld anda.
- Setelah merestart tabletjalankan aplikasi link2SD, dan masuk ke menu setting untuk mengaktifkan fitur auto link, fitur ini berfungsi untuk mengotomatisasi pemindahan aplikasi ke microSD.

PERINGATAN : SEGALA KEROSAKAN DAN KESILAPAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI
MELAKUKAN ROOT INI BOLEH MENYEBABKAN WARRANTY ANDA TERBATAL.
PIKIR DAHULU SEBELUM BUAT..



MELAKUKAN ROOT INI SEMEMANGNYA MEMBUATKAN ZTE V9 SAYA LEBIH LAJU DAN MENJIMATKAN RUANG MEMORY DALAMAN


APA HUKUM SUAMI PANCUT DI LUAR?? DAN ADAKAH SUAMI PERLU MEMINTA
IZIN DARI ISTERI.- BACA 

Waktu mustajab untuk berdoa - Cara Kita Orang Islam


BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita mohon bertambah sayang Allah kepada kita dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi atau dimaki.

Doa sifat perhambaan manusia dan mereka diciptakan untuk hamba-Nya. Supaya doa mudah diterima kita patut meneliti serta mengetahui waktu yang sangat mustajab untuk berdoa antaranya ialah:


# Pada waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (muttaqin) sedikit sekali tidur pada waktu malam dan pada akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Adz-Dzariyat ayat 18-19).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan.

Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


# Waktu antara azan dan iqamah iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.


# Pada waktu sujud iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi.

Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu” (Hadis riwayat Muslim).


# Selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya: “Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat” (Surah Qaaf ayat 40).

Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.


# Pada waktu khusus tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda: “Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu (Hadis riwayat al-Bukhari).

Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya pada akhir waktu Asar. Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.


sumber : http://www.hmetro.com.my

Tempat Untuk Jual Laptop Notebook Anda Yang Rosak

Hubungi
PC PROFESSIONAL
Pakar Notebook, Laptop & Netbook
012 447 9929 - Call / SMS / Viber / WhatsApp

-----

Harga yang kami tawarkan ialah dari RM100 ke RM600 bagi kebanyakkan model.

Jika laptop anda rosak dan tidak berbaloi untuk diperbaiki, hubungi kami segera. Kami boleh membantu menukarkan laptop rosak anda kepada ringgit malaysia.

Jangan segan pilu, laptop rosak, pecah, dan yang tidak lengkap juga mempunyai nilai yang baik.

Harga yang ditawarkan adalah tertinggi dalam sejarah Mudah.

Kami setia dan sedia berkhidmat.
Kitar Semula, Selamatkan Bumi kita!!

4 Mac 2012

Senarai Homestay Murah di Pulau Langkawi



HOMESTAY PEKAN KUAH , TAMAN MAHSURI

KELEBIHAN :

BERDEKATAN PEKAN KUAH
BERDEKATAN PASARAYA ISMAIL GROUP DAN IDAMAN SURI
RUMAH 2 TINGKAT
4 BILIK TIDUR 2 BILIK AIR
EXTRA TILAM DAN TOTO
PETI SEJUK
PERALATAN MEMASAK

NO 21
TAMAN MAHSURI
PEKAN KUAH , LANGKAWI
BERMINAT :
HUBUNGI : ADANAN - 017 5680972
012 4064790
TERIMA KASIH

r />Ku Harizal> 0175964877
Arifpizuna> 0133808408 


TAWARAN RM 10,000


TAWARAN RM 10,000
Deskripsi Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta...
Daripada Unit Laman Web PDRM
Kandungan Berita TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8946 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran

sumber : http://www.rmp.gov.my/

Syed Ismail b syed alwi - dikehendaki polis



Sekiranya mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian 03-22663333 atau mana-mana balai polis berhampiran.

sumber : http://www.rmp.gov.my

Gelek Ghairah di KL


KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.


Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.


Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

“Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.

Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Gelekghairah/Article

3 Mac 2012

Homestay Pak Tam Jeniang - bilik


HANYA 15 MINIT KE IKM,GIAT MARA DAN SM AGAMA SIK
HANYA 15 MINIT KE HOSPITAL SIK
HANYA 15 MINIT KE PERANGINAN RIMBA TAKWA SIK
HANYA 15 MINIT KE PERANGINAN LATA MENGKUANG SIK
HANYA 15 MINIT KE PERANGINAN GUNUNG JERAI GURUN
HANYA 15 MINIT KE PASARAYA ANEKA GURUN


TEMPAHAN SEBUAH RUMAH /SEWA BULAN/BILIK
UNTUK PENDAFTARAN, KONVOKESYEN, ROMBONGAN KENDURI KAHWIN,KURSUS,LAWATAN DAN TUGASAN KONTRAK DIPERSEKITARAN JENIANG,SIK DAN GURUN.

HARGA SEBUAH RUMAH:RM200-RM120
HARGA SATU BILIK:RM80-RM50



KEMUDAHAN DALAM RUMAH:
DISEDIAKAN SEMUA KELENGKAPAN RUMAH TERMASUK PERABOT,PENGHAWA DINGIN,
KIPAS ANGIN,TV,MESIN BASUH DAN LAIN-LAIN.

UNTUK PENGINAPAN LAMA(BOLEH DIRUNDING)
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
PAKTAM(TALIAN 24 JAM):012-5834504

Kenali Babi


1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi liar.

5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.



sumber : http://mazeermohamad.blogspot.com

2 Mac 2012

Wanita Punyai Bulu di Dagu - Kuala Lumpur

gambar sekadar hiasan

SAYA mempunyai beberapa masalah yang sering menjadi kebimbangan. Saya berumur 22 tahun dan mempunyai berat badan 85 kilogram dengan ketinggian 170 sentimeter.

Saya juga memiliki struktur rangka tulang saya yang agak kasar. Saya mengalami masalah haid yang tidak teratur. Pertama kali saya datang haid pada tahun lalu ketika usia saya mencecah 21 tahun.

Tempoh haid paling lama adalah sekitar lima hari saja. Saya juga mempunyai masalah ditumbuhi bulu di dagu dan sedikit di atas mulut tetapi bulu itu tidak terlalu lebat. Saya menjangkakan saya mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon wanita.

Oleh itu, bolehkah saya mengambil sebarang jenis ubat hormon wanita seperti kolagen kecantikan dalaman wanita? Adakah ia akan memberi kesan negatif kepada saya? Apakah pandangan doktor mengenai perkara ini?


NORA,

Kuala Lumpur.



ELOKLAH anda atasi kebimbangan dengan menjalani pemeriksaan dan ujian mudah oleh doktor terlebih dulu. Malah kita digalakkan menjalani pemeriksaan sekiranya masih belum didatangi haid apabila usia melewati 16 tahun.

Anda mungkin mengalami ketidakseimbangan hormon wanita seperti yang anda sangkakan tetapi anda perlu faham mengapa ia berlaku kerana seni dalam sesuatu rawatan adalah mengesan dan merawat punca, bukan saja merawat kesan atau masalah yang timbul. Malah sebaiknya unsur sesuatu rawatan juga perlu mengandungi langkah pencegahan penyakit dan langkah mengatasi atau melindungi daripada komplikasi penyakit.

Saya tidak pasti sama ada anda jelas mengenai ketidakseimbangan hormon wanita dan rawatannya. Struktur molekul kolagen dan hormon wanita juga berbeza walaupun kedua-duanya adalah protein, maka sifat dan tindakannya juga berbeza. Terdapat banyak jenis protein di dalam badan.

Masalah haid, berlebihan berat badan serta pertumbuhan bulu di kawasan kelelakian ini lazimnya berpunca daripada ketiadaan pengeluaran telur untuk bulan terbabit kerana majoriti hormon wanita dikeluarkan kantung telur.

Tetapi sedikit peratusan hormon wanita juga ada dikeluarkan oleh kelenjar adrenal, tisu lemak dan juga hormon lelaki. Wanita juga sepatutnya mempunyai hanya sedikit hormon lelaki di dalam badannya. Pemeriksaan juga perlu untuk memastikan ia bukanlah berpunca daripada penyakit lain contohnya ketumbuhan kelenjar adrenal.

sumber : metro

Cara Semak Keputusan STPM 2011



KUALA LUMPUR - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan (7 Mac 2012).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini (Khamis), berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Difahamkan, calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPMNo. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut MPM, keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh yang sama.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut laporan, tahun lepas seramai 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumalah itu, 46817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan selebihnya calon persendirian.

sumber : sinar harian

Cinta Kura-Kura - 1 Mac 2012




Barisan pelakon Cinta Kura-kura terdiri dari Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan (Raja Lawak), Farah Fauzana, Bob AF2, Fizz Fairuz, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8

cinta kura kura


Sinopsis filem Cinta Kura-kura:
Cinta Kura-Kura filem komedi romantis yang menceritakan kisah Nani, gadis berusia 21 tahun, dan haiwan peliharaannya kura-kura unik, Nico. Nico unik kerana dia adalah dari jenis Green Crown Sea Turtle ... tetapi yang lebih penting, Nico mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan manusia, jika dia memilih untuk berbuat demikian.

Kisahnya bermula bila Nani dan adiknya Amin berpindah. Nani telah mula jatuh cinta dengan Adam seorang ahli muzik dan merupakan jiran barunya. Keadaan ini telah membuatkan Nico membuat perancangan mensabotaj usaha Adam untuk menarik Nani. Segitiga cinta berkembang apabila penyelia kedai haiwan peliharaan kegemaran Nico, Fadzly cuba untuk mendekati Nani. Walau bagaimanapun tanpa diketahui semua, Fadzly mempunyai niat dan matlamat untuk menangkap dan menjual Nico ke restoran makanan eksotik. Saksikan nanti watak animasi Nico yang ceria, kelakar dan pastinya menyeronokkan terutamanya kepada golongan muda.


Pengkalan Kubor Kelantan Kawasan Bebas Cukai


Pengkalan Kubor ialah sebuah daerah dan bandar sempadan Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di di jajahan Tumpat, utara negeri Kelantan. Bersempadan dengan Tak Bai. 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubur' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat , pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur orang Melayu satu ketika dahulu.


Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira sejam sahaja.


Pengkalan Kubor mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubor ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubor. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan senjata api,gula, beras, minyak masak, barang baram dan lain-lain.

Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218

1 Mac 2012

Kalender 2012 pdf percuma


Cara Buat Kuih Cakoi





Cakoi


ADUNAN YIS
200g tepung gandum
3000ml air suam
1 sudu besar yis segera ( Instant Yeast)

DOH
1 sudu teh tawas ( alum), ditumbuk halus
400 ml air
2 sudu teh soda bikarbonat
1-2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
600 gram tepung berprotien tinggi
1 sudu besar minyak, untuk sapu
2 - 5 sudu besar tepung,untuk ditabur atas papan canai
minyak yang mencukupi untuk menggoreng.

Untuk adunan Yis

Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1 - 2 jam. Tawas dilarutkan dengan separuh air dan campurkan dengan adunan yis. Tambah baki air dan, soda bikarbonat, garam dan minyak.

Masukan tepung dan gaul menjadi doh lembut.Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 minit. Uli doh selama 10 minit kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar lagi 2 jam.

Taburkan tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm, lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping. Kemudian basahkan lidi dan tekan ditengah - tengah untuk setiap potongan dan lekatkan satu potongan diatas. Buat hingga habis dan kemudian digoreng dalam minyak yang panas. Sebelum masukkan dalam kuali, tarik sikit doh itu supaya jadi panjang.

Gorengkan hingga warna kuning seperti gambar dan boleh makan terus ataupun dengan seri kaya, kuah kari dan pelbagai lagi...

sumber : http://www.teknologimakanan.com

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog