D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

28 Mac 2012

Gatal Sejak Sekolah


SAYA berusia 21 tahun dengan berat 60 kilogram dan ketinggian 148 sentimeter. Saya belum pernah melahirkan bayi dan kini menghadapi masalah sering gatal pada bahagian klitoris. Pada kebanyakan waktu, ia gatal di bahagian bibir lubang faraj.

Disebabkan terlalu sakit, saya pernah ke klinik tetapi hanya diberikan ubat kulat. Saya musykil kerana sejak bersekolah sehingga kini, masalah terus berlarutan terutama selepas melakukan hubungan kelamin. Harap doktor dapat membantu.

JUDE,
Shah Alam, Selangor.


KLITORIS lazimnya terlindung oleh tisu prepus. Begitu juga dengan lubang faraj yang dilindungi oleh bibir atau labia minora. Ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Geselan sewaktu hubungan seks atau memakai seluar yang ketat juga boleh mengundang jangkitan kuman yang sedia ada pada permukaan kulit memasuki luka atau abrasi halus akibat geselan terbabit.

Jangkitan yang berlarutan serta perbuatan menggaru akan melukakan permukaan kulit dan boleh menyebabkan jangkitan tambahan. Selain itu, memandangkan kedudukan lubang kencing (uretra) berhampiran, tidak mustahil seseorang wanita boleh turut mengalami jangkitan pundi kencing.

Mencuci kemaluan dengan teknik yang betul dapat mengelakkan kuman dari bahagian dubur memasuki faraj dan uretra, dubur juga satu punca kuman.

Pemeriksaan doktor dapat membantu menelah dengan betul melalui ciri-ciri lelehan atau rupa pada kawasan jangkitan terbabit. Ujian air kencing dan kesatan faraj yang dikultur pula dapat mengesan beberapa jenis kuman serta jenis ubat yang sesuai.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gatalsejaksekolah/Article/index_html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog