D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

26 Mei 2014

pekan selama mati ?? -8


SELAMA - Timbalan Ketua Cabang PKR, Kulim Bandar Baharu, Ismail Hassan meminta kerajaan negeri dan Adun Bandar baharu membangunkan pekan Selama yang dilihat masih ketinggalan dari sudut pembangunan.

Menurutnya, walaupun pekan Selama, Perak hanya terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selama Kedah, pembangunan yang terdapat di Selama Perak sangat membanggakan.

Katanya, semua ini dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pusat mengambil berat tentang keperluan penduduk di sini.

Menurutnya, pekan Selama Kedah ketinggalan 30 tahun pembangunan berbanding daerah lain yang bersempadan dengannya.

“Sejak dari dulu tidak ada pembangunan dilakukan di Selama Kedah hingga hari ini. Semua orang tahu Selama Perak jauh lebih membangun dari Selama Kedah. Apa yang ada di pekan Selama Kedah hanya deretan kedai yang diperbuat dari kayu hasil peninggalan zaman penjajah dahulu.

"Selain itu keadaan jalan di Pekan Selama sangat menyedihkan kerana berlopak dan bertampung. Ini membuatkan permukaan jalan tidak rata dan boleh mengakibatkan kemalangan.

"Masalah rakyat di Bandar Baharu harus dihalusi dan diselesaikan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi membangunkan Selama.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog