D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

13 Ogos 2011

Pelajar Cipta Alat Penentuan Arah Kiblat Untuk Golongan Istimewa


BIARPUN memiliki kekurangan, tidak dapat melihat namun ia tidak menjadikan orang buta terus mengalah dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian mereka.

Malah golongan kelainan upaya tersebut memiliki deria sentuhan serta pendengaran yang lebih sensitif berbanding orang normal.

Justeru mereka perlu berusaha dua kali ganda dalam menjalani kehidupan seharian yang mana ia menjadikan mereka lebih tabah dan cekal.

Namun, bagi Yawila Samae, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berasal dari Bangkok, Thailand ini keperluan bagi membantu golongan kelainan upaya yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah diutamakan.

Ujarnya, antara kesukaran yang dialami oleh golongan ini apabila mahu menentukan arah kiblat untuk mendirikan solat.

Justeru, Yawila hadir dengan sebuah alat yang boleh membantu golongan tersebut untuk menentukan arah kiblat dengan cepat dan tepat.

"Dikenali sebagai Penunjuk Kiblat, penggunaannya adalah melalui konsep Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan berkonsepkan alatan pelbagai guna.

''Alat ini mampu menentukan arah kiblat, waktu solat dan kegunaan berzikir," katanya ketika ditemui di Pameran Kajian Reka Cipta dan Inovasi UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Biarpun ia hanya merupakan konsep semata-mata tetapi penunjuk kiblat elektronik boleh dibangunkan menjadi alat sebenar sekiranya ada pihak yang berminat untuk tujuan komersial.

Jelas Yawila lagi, alat tersebut hanya menggunakan bateri dan perisiannya boleh dinaik taraf selain dilengkapi dengan pembesar suara dan butangnya arahannya menggunakan tulisan braille untuk kegunaan orang buta.

''Alat ini juga bukan sahaja untuk kegunaan mereka yang memiliki kekurangan deria penglihatan semata-mata, malah ia juga turut sesuai digunakan oleh orang biasa," katanya.

Malah ciptaan beliau itu juga berjaya merangkul pingat emas di Pameran Inovasi Antarabangsa Seoul, Korea baru-baru ini.

Apa yang jelas, Petunjuk Kiblat elektronik tersebut pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan Umat Islam sama ada daripada golongan normal mahupun kelainan upaya.


sumber : utusan

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog