D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

22 November 2011

Cara Buat Serunding


Serunding Daging/Ayam/Ikan


Bahan-bahan

1kg daging, tak perlu dipotong - direbus hingga empuk, kemudian disiat halus-halus

2 biji kelapa, ambil santan pekat sahaja

Bahan-bahan kisar

15- 20 biji cili kering atau mengikut pedas yang diingini

20 biji bawang merah

5 biji bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar ketumbar ] bahan ini

½ sudu jintan manis ] disangai dulu

½ sudu jintan putih ] hingga wangi

Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuatnya

1. Didihkan santan dalam kuali hingga keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan terus kacau hingga wangi dan rempahnya masak.

2. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa diikuti dengan daging yang telah disiat-siatkan tadi. Kecilkan api dan terus dikacau sampai kering.


· satu lagi cara untuk memasak serunding ialah dengan mencampurkan kesemua ramuan ke dalam santan dan dikacau sehingga kering, tetapi proses memasaknya memakan masa yang agak lama.

untuk memudahkan proses menyiat daging ialah dengan cara mengetuk daging yang telah direbus tadi dengan menggunakan lesung

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog