0

Cara Masak Nasi Dagang Terangganu


Nasi Dagang


(Untuk makan 4 orang)

Bahan-bahannya:-

3 cawan beras siam wangi

1 or ½ cawan beras pulut

½ biji Santan

4 ulas bawang merah (hiris)

Halia agak-agak (hiris)

Halba 2 sudu besar

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

1. Beras wangi dan pulut dicampurkan dan di rendam semalaman.

2. Besoknya, beras di bersihkan dan ditoskan.

3. Kukus beras untuk 15-20 minutes.

4. Angkat beras dan campurkan dengan santan sehingga beras tadi kelihatan basah-basah.

5. Kukus beras kembali selama 15-20 minutes dan angkat beras

6. Gaulkan beras yang separuh masak tadi dengan campuran santan pekat yang telah dicampurkan dengan halba, bawang merah & halia yang telah dimayang dan garam secukup rasa.

1. Kukus beras kembali sehingga ianya masak betul.

Note: resipi ini saya ambil daripada makcik di Terengganu

Photobucket

Kuah Nasi Dagang

2 ekor ikan tongkol yang sedang besarnya.

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji kelapa (ambil santan)

2 sudu besar cili boh

sedikit halia

sebatang kayu manis

sedikit bunga lawang

rempah nasi dagang (boleh dibeli di Terengganu). Jika tiada buat sendiri.

(1 sudu besar ketumbar + kayu manis + bunga lawang + cengkih) – ditumbuk menjadi rempah.

sedikit kunyit hidup

Gula melaka

Option - belimbing buluh dan cili api

Cara membuatnya:-

1. Ikan di potong dan dicuci dan direbus dengan sedikit gula melaka, garam, kunyit hidup dan halia yang di potong nipis.

2. Bila sudah masak tutup api dan simpan.

3. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, dengan bunga lawang dan kayu manis.

4. Bila naik bau, tumis cili boh dan rempah nasi dagang.

5. Bila telah naik bau dan cukup garing, masukkan santan.

6. Masak kuah dan bila telah nampak pekat masukkan gula melaka, garam.

7. Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan masak sehingga masak.

8. Jika suka masukkan beberapa cili api dan belimbing buluh yang telah dibasuh.

Photobucket

Acar

1 batang timun dihiris seperti kayu api

1 batang lobak merah dihiris seperti diatas

5 ulas bawang merah

1-2 cili hidup

(semua bahan dihiris memanjang)

1-2 sudu besar cuka

garam

gula

Share this article :
 

VIDEO TERKINI

'

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MuaturunSiNi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template | More Trick | IVY Themes
Proudly powered by Blogger