D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

11 November 2011

Cara Masak Nasi Kerabu


Nasi kerabu


Bahan-bahan untuk nasi

4 pot beras

4 pot air

1 batang serai dititik

2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat

sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara memasak nasi

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan.

2. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam.

3. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Sambal Kelapa

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

cara menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Sambal Ikan

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya

5 biji bawang merah

sehiris halia

cara menyediakannya

1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula.

2. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.

3. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Cili Padi Jeruk

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai. Campurkan 1 camca the garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

Photobucket

2. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Tumis Budu @ Belacan (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar

5 biji cili kering

5 biji bawang merah ditumbuk l

2 biji bawang putih

sehiris halia

1 batang serai, dititik

sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka

½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan

2 sudu air asam jawa

cara menyediakannya

1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.

3. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.

4. Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit ? jika ada


10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Photobucket

Solok Lada

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat

cara menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Ikan Goreng Celup Tepung

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

cara menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kaput, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

SELAMAT MENCUBA

PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja
Photobucket

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog