D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 November 2011

Cara Masak Ayam Lemak Tempoyak


Ayam Lemak Tempoyak


Bahan-Bahan

Ayam (seekor ataupun ½ ekor)

1 cawan Tempoyak

1 biji kelapa – diambil Santan sederhana cair

20 biji Cili padi (ikut suka nak kepedasan)

5 ulas Bawang merah

2 ulas Bawang kecil

½ inci Halia

½ inci Kunyit hidup :

2 batang serai - diketuk

Daun kecur (dirajang halus)

Garam secukup rasa

Aji jika suka

Gula secukup rasa

sekeping Asam keping

Cara-caranya

1. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit & cili padi ditumbuk.

2. Masukkan ke dalam periuk dan letakkan sedikit air untuk mendidihkannye. Boleh juga ditumis, kalau suka. Anggaran sudah masak bahan yang ditumbuk tadi, masukkan ayam dan ratakan bahan yan di dalam periuk tersebutdan biarkan lebih kurang 3-4 minit.

3. Masukkan santan & tempoyak : kacau selalu agar santan tidak pecah. Gunakan api yang sederhana sahaja.

4. Masukkan asam keping, daun kecur, serai, . Kemudian masukkan garam, aji & gula. Sesuaikan rasa.

Kalau nak rasa lagi sedap, gunakan api yang kecil sahaja dan biarkan ia> di atas dapur dalam jangka masa 15 minit-30 minit. Tempoyak & bahan-bahan tadi akan menyerap ke dalam ayam.

Angkat & hidang

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog