Musim cuti sekolah dan biasanya anak-anak saudara saya datang ber’summer camp’. menghabiskan cuti seminggu dua di rumah saya. Mereka tiada masalah kerana mereka boleh memancing, mandi air terjun , main ps2 sampai lebam atau paling mudah terjun kolam sampai kecut.
Jumaat petang , 2 orang anak saudara saya dah sampai dari Meru, Klang. Syasya dan Aqmal. Aqmal habiskan zaman kanak-kanak sebelum pulang semula untuk bersunat pada hujung minggu depan. Seminggu kemudian bilik saya sudah ditempah oleh Iwan, anak saudara saya dari Kuala Selangor dan Insya Allah hari Khamis nanti emak, adik ipar juga anak-anak saudara saya dari Kedah pula akan datang.
Meriahnya!
Kebiasaanya saya akan bawa mereka keluar ke tempat-tempat menarik yang terdekat. Sebenarnya ada banyak pilihan untuk dilawati dalam sehari di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya
Menara Kuala Lumpur
Dibuka setiap Isnin – Ahad dari jam 9.00 pagi – 10.00 malam .
Tiket Menara Kuala Lumpur:
Dewasa –
Kanak- kanak ( 4-12 thn ) -
Warga emas – Rm 13 ( tak pasti ada lagi ke tidak untuk kategori ini )
Zoo Negara – Tempat yang paling saya suka . Sangat sesuai untuk anak-anak kerana keselesaan dan ruang bebas untuk mereka bergerak.
Dibuka setiap hari dari 9.00am – 5.00pm
Tiket Masuk ke Zoo Negara mengikut pakej:
Isnin – Jumaat
- Dewasa = RM 25
- Kanak² = RM 6
- Warga emas ( + 60thn ) = RM10
- Rombongan Pelajar Sekolah = RM 4
- Guru Pengiring = RM 10
* harga berbeza untuk bukan warganegara.
* Sabtu, Ahad dan Cuti Umum tiket dewasa zoo negara RM 30
*Percuma untuk Orang Kurang Upaya ( OKU)
*dikemaskini pada 11/12/2012
Multi-Animal Show – (Sea Lion / Macaques / Macaws)
Setiap hari : 11.00 am & 3.00 pm / 3.30 pm (Jumaat)
Pusat Sains Negara – Ini juga tempat pilihan saya, selalu bawa anak-anak ke sini kerana terlalu banyak maklumat dan disampaikan dalam bentuk yang menarik. Baca entri percutian di Pusat Sains di sini >
Rock Music Di Pusat Sains Negara
Dibuka : Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (Tutup pada hari Jumaat )
9.00 pagi – 5.00 ptg
Tiket Masuk Pusat Sains Negara :
13 tahun ke atas – RM 6.00
7 – 12 tahun – RM 3.00
Warga emas ( 55 tahun ke atas ) – RM 3.00
Lokasi : Di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti
Baca entri percutian di Pusat Sains di sini
Baca entri percutian di Muzium Negara di sini > Pameran Bola Sepak Suzuki AFF 2010 Di Muzium Negara
Dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji
9 pagi hingga 6 petang
Bayaran : 13 tahun ke atas – RM 2.00
Percuma untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan berpakaian seragam sekolah.
Taman Burung Kuala Lumpur – Taman burung bebas terbesar di dunia, terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Ada pertunjukan burung pada jam 12.30 tengahari dan 3.30 petang setiap hari.
Harga Tiket Masuk Taman Burung KL
Warganegara – RM 15.00
Kanak-kanak di bawah 12 tahun – RM 6.00
Bukan warganegara – RM 35.00
Baca entri percutian di Taman Burung di sini ( link )
Genting Highland – Dari rumah hanya 20 minit ke Awana Skyway. Tiket pergi-balik – RM 10 seorang.
Tiket Genting Highland :
ALL PARK – Indoor Theme Park, Outdoor Theme Park & Wet Park
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 51 – RM 59
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 36 – RM 41
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 167 – RM 192
OUTDOOR THEME PARK
Dewasa ( 13 thn ke atas ) – RM 38 – RM 66
Kanak-kanak ( 90cm & 13 thn ke bawah ) & Warga Emas ( 60thn ) – RM 27 – RM47
FAMILY PACKAGE (2 dewasa & 2 kanak-kanak) – RM 125 – RM 215
Maklumat tiket : SINI – Tiket bergantung kepada pakej hari biasa atau peak days – weekends, school holidays and public holidays.