D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Disember 2012

Park Ji Sung Antara Pemain Terbaik Sepanjang 26 Tahun - Ferguson

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan pemain tengah Korea Selatan dan QPR, Park Ji Sung sebagai salah seorang daripada pemain profesional terbaik sepanjang 26 tahun mengendalikan pasukan itu di Old Trafford.



Ji Sung meninggalkan United, Julai lalu untuk menyertai QPR dengan kos perpindahan bernilai £2 juta (RM9.8 juta) sekali gus menamatkan khidmatnya selama tujuh tahun bersama Red Devils dan sepanjang tempoh itu menyaksikan pemain Korea Selatan itu merangkul empat gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan tiga Piala Liga. Pemain berusia 32 tahun itu terlepas empat perlawanan kerana kecederaan lutut yang mungkin tidak pulih dalam jangka masa singkat bagi diturunkan menentang bekas kelabnya apabila QPR berkunjung Old Trafford, hari ini.

Namun Ferguson tetap mengambil peluang itu untuk memuji Ji Sung apabila mengenang sumbangan pemain tengah itu pada perlawanan penting terutama sewaktu melakar kemenangan agregat 7-2 ke atas AC Milan pada perlawanan Liga Juara-Juara 2010.

“Dia amat hebat terutama pada perlawanan besar,” kata Ferguson. “Saya suka menurunkannya dalam perlawanan besar. Rekodnya menentang Arsenal misalnya, sangat hebat.

“Perlawanan menentang Milan di Old Trafford, saya menurunkan Ji Sung untuk mengawal (Andrea) Pirlo dan ia tidak mungkin saya lupakan.

“Dia langsung tidak memberi Pirlo peluang menendang bola dan sentiasa mengawal rapi pemain lawan dan itu satu tindakan yang bijak. Ji Sung amat berdisiplin dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Itulah sikapnya. Dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia bermain untuk pasukan dan apa saja peranan yang anda berikan kepadanya, dia akan menggalas tugas itu. Dia seorang yang hebat dan seorang pemain profesional yang berdisiplin tinggi.”  SUMBER
-AFP

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog