sumber : http://usezworkshop.blogspot.com/2012/12/update-isu-pergaduhan-di-sungei-petani.html
gambar sekadar hiasan
Semalam kecoh pasal isu pergaduhan di Sungai Petani digembar-gemburkan melalui FB,twitter,BBM dan bermacam kaedah media sosial yang lain.Lihat kat SINI.
Semalam juga Timbalan Ketua Polis Kedah memberikan makluman terkini berkenaan situasi tersebut, selepas PDRM melalui FB rasmi mengeluarkan kenyataannya
PERHATIAN :
PADA 18/12/2012 JAM 2330HRS YDHSAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA , SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG , FACEBOOK , TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB . KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI . KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA . EKORAN INSIDEN TERSEBUT , PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU , LSF , MPV , JSJ , NARKOTIK , SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .
PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA
update
Polis nasihat jangan terpengaruh berita palsu
SUNGAI PETANI 19 Dis. - Polis di Kedah menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin dan berita palsu yang disebarkan dalam Facebook, Twitter dan blog ketika ini mengenai keadaan semasa di daerah ini.Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, tiada sebarang pergaduhan atau apa-apa insiden kematian atau membakar masjid yang berlaku di Sungai Petani.
Katanya apa yang tersebar melalui laman sosial dan blog semuanya palsu dan khabar yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Keadaan di Sungai Petani adalah aman dan tenteram serta terkawal," katanya pada sidang media di sini lewat malam tadi. - BERNAMA