Laporan tersebut disertakan dengan sekeping gambar Messi yang sedang memegang baju t-shirt yang tertera “FREE PALESTINE”..
Ia kononnya menunjukkan pemain Barca itu turut memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin.
Namun satu akaun laman sosial dari luar negara yang banyak melaporkan berita dari Gaza telah pun menghebahkan perkara sebenar tentang gambar yang disebar itu.
Menurut laman berkenaan, gambar yang banyak disiarkan oleh penulis-penulis blog dan didalam Facebook itu sebenarnya adalah gambar palsu.
“Sila berhenti menyiar gambar Messi dengan t-shirt pro Palestin.., ia adalah palsu,” tulis pemilik laman sosial berkenaan sambil menyiarkan gambar asal Messi yang memegang t-shirt yang bukan tertera “FREE PALESTINE” seperti yang dihebohkan didalam media siber.-SUMBER