D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

19 Disember 2012

Gadis Ini Dicerai Suami Kerana Tiada Dara


Berita ini sebenarnya sangat mengejutkan saya, akibat isterinya didapati tiada dara, lelaki ini yang juga merupakan ahli kuat politik Indonesia menceraikan isterinya setelah sekali melakukan hubungan seks dengan isteri keduanya ini dan mendapati tiada dara.

Fani Oktora, 18 yang merupakan isteri kedua lelaki itu telah diceraikan setelah empat hari sah sebagai suami isteri. Kata suaminya yang merupakan Ketua Daerah Garut di barat Jawa, Aceng Fikri,
"Saya rasa dia sudah tiada dara kerana tidak berdarah ketika kami mengadakan hubungan kelamin buat kali pertama."
Perkara ini mengejutkan ramai pihak dan menaikkan kemarahan orang ramai dengan berhimpun di hadapan Pejabat Majlis Perundangan Garut (DPRD) dan menuntut supaya dia meletak jawatan. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono amat bimbang dengan tindakan Aceng Fikri yang bertindak demikian. Kata Aceng, dia menceraikan isterinya ini kerana hasrat sebenarnya adalah ingin mengahwini seorang gadis yang cantik diluar dan dalam.- SUMBER

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog