KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan
mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di
sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu
berat.
Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka
tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil
untuk membantu.
Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi
keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di
kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa
mayat ke hospital bertambah sukar.
Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat
daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu
kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih
15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar
Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka -Harian
Metro
SUMBER http://sehinggit.blogspot.com/2012/12/misteri-mayat-berat-di-kota-tinggi.html#ixzz2FZEMCReI