BUAH OREN KAYA DENGAN VITAMIN DAN MINERAL..
1. Vitamin C Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia.
Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit. Mencegah kanser.Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.
2. Karbohidrat Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan .
3. Folat Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular
Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik
Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.