D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

24 Disember 2012

Terasa banyak Bijik -Khairul Negeri 9

Terasa ada banyak biji



SAYA sering terasa sakit pada luar testis walaupun tidak onani (belum kahwin). Bila melakukan pemeriksaan fizikal, seperti ada banyak biji di bahagian atas testis kanan. Ia juga menyakitkan bila terhimpit atau pakai pakaian dalam yang ketat.

KHAIRUL
Ampangan,
Negeri Sembilan



Anda terjumpa bijian di luar buah zakar sebelah kanan. Soalnya, adakah ia berada di kerandut buah zakar seperti ketulan kecil jerawat yang muncul di kawasan kerandut?

Jika benar, bijian itu ialah pundi pelembap semula jadi dalam kerandut buah zakar yang membesar dan menjadi radang.

Jika dipicit, ia terasa sakit. Ketulan ini ialah ‘cista epidermoid’ dan ia juga dikenali sebagai ‘jerawat’ kerandut.

Ia boleh berlaku apabila salur pundi pelembap semula jadi kerandut terkandas, yang biasanya boleh berlaku apabila kawasan kulit kerandut itu digaru atau dicukur.

Cara menghilangkan ketulan ini ialah melalui mengeluarkan cista dan ia boleh dilakukan oleh doktor. Anda tidak boleh melakukannya sendiri kerana ketulan ini perlu diperiksa terlebih dulu.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog