PROTON PERSONA R 2012 | PROTON ESPIRE
Rakyat
Malaysia sememangnya sentiasa menaruh minat berkenaan perkembangan apa
saja model kereta terbaru keluaran PROTON dan PERODUA. Persoalannya kini
ialah model kereta mana pula yang menjadi perhatian rakyat Malaysia
selepas ini? Mungkin Proton Saga FL dengan kotak gear CVT, Proton Exora
Turbo, Proton Inspira fasa ke-2, Perodua Myvi 1.5, atau model pengganti
Persona yang dikenali dengan nama Persona R.
Jangkaan
saya model yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh peminat automotif
tempatan ketika ini ialah Persona R. Bakal dikeluarkan oleh PROTON pada
awal atau pertengahan tahun 2012, ianya merupakan sebuah kereta sedan
serba baru, bukan lagi model dinaiktaraf (facelift), malah ia dikatakan
bakal menggunakan enjin turbo, dengan rekabentuknya dikatakan mirip
kereta konsep Proton Tuah.
Spyshot
Persona R yang sedang diuji di jalan raya telah beberapa kali kita
lihat sebelum ini, kini tiba pula masanya untuk melihat sebuah model
lengkap yang akan berada di jalan raya apabila fasa ujian seterusnya
akan dilakukan oleh PROTON bermula Julai depan. Lebih kurang 8 atau 10
bulan lagi menjelang pelancarannya, rakyat Malaysia pasti menanti dengan
penuh minat spyshot Persona R yang hampir lengkap muncul di internet.
Saya
sendiri sudah membuat perancangan untuk menjadi antara yang terawal
memaparkan foto-foto Persona R terbaru dengan rupa hampir lengkap 100
peratus, jika bernasib baik mungkin kita semua akan terserempak dengan
model tersebut di mana-mana saja, pada bila-bila masa.
Pada
pendapat anda, adakah Persona R akan menjadi fenomena dan bakal
melonjakkan jumlah jualan kereta PROTON apabila dilancarkan nanti? Atau
ianya hanya ‘panas’ pada awal kemunculan sahaja dan kemudian mula
dilupakan? Jika tersilap langkah, PROTON akan menanggung kerugian sama
seperti pengalaman mereka bersama Proton Savvy.
Saya
agak skeptikal dan pesimis dengan penerimaan rakyat Malaysia terhadap
Persona R apabila melihat jualan Proton Inspira yang kian perlahan
ketika ini. Persona R perlu menjadi sebuah model serba lengkap seperti
mana dimahukan oleh rakyat Malaysia. Enjin berkuasa, ciri-ciri
keselamatan bertaraf dunia, peralatan interior setanding dengan apa yang
ditawarkan oleh kereta dari Korea dan Jepun, kualiti dan ketahanan, dan
yang paling penting adalah harga yang bakal ditawarkan.
Rakyat
Malaysia tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki sebuah kereta sedan
lengkap untuk kegunaan harian, cuma mereka ketika ini agak cerewet.
Jika harganya sama seperti Toyota Vios atau Honda City tetapi kualiti
tidak setanding, PROTON pasti sukar untuk mencatatkan angka jualan
terbaik. Jika harganya pula murah seperti Proton Persona Elegance, apa
pula yang kita boleh harapkan dari segi spesifikasi?
Persona
R akan bersaing hebat dengan model terbaru Hyundai Elantra yang akan
dilancarkan pada penghujung tahun ini, atau mungkin Peugeot 408 turut
memberikan cabaran dengan penawaran harga kompetetif. Saya sangsi akan
kemampuan Persona R untuk terus kekal bersaing, namun saya berharap saya
salah 100 peratus, dan Persona R akan mengulangi kejayaan gemilang
Proton Wira.
kredit : arenakereta
p/s
: Pada pendapat anda, faktor apakah yang akan menentukan sama ada
Persona R akan berjaya atau gagal di pasaran tempatan selepas
dilancarkan nanti?