D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Disember 2012

Suami Suka Saya Seksi - Zila Bakarin

Sejak dulu, imej seksinya memang menjadi bualan dan perhatian ramai. Justeru, jika ada yang mencerca serta berasa sakit di mata apabila memandang penampilan dirinya, pelakon, Zila Bakarin, tidak mudah melatah.


Bagi wanita ini, biarlah apa saja kata orang, dia tetap menjadi dirinya. Asalkan semua itu tidak menjejaskan periuk nasi sebagai anak seni, segala cemuhan dan pandangan serong diberikan ditelannya begitu saja.

Zila juga mengaku dia tidak pernah tersinggung apabila ada yang melabelkan dirinya sebagai artis murahan. Apatah lagi dia tidak berpura-pura, kerana di luar lokasi mahupun dalam lakonan, begitulah cara dia berpakaian. Pada masa sama, suaminya, Azri Izhar, juga tidak menghalang.

Bagi ibu kepada dua cahaya mata, Kaseh, 3, dan Chinta, lima bulan, setiap orang punya cara tersendiri dalam menterjemahkan gaya penampilan. Selagi tidak menjejaskan hubungan dalam rumah tangga dan kerjaya, dia selesa dengan imejnya sekarang.

Walaupun usianya sudah menjangkau 37 tahun, Zila tidak sekali-kali berasa ingin berubah meskipun watak lakonannya kini lebih kepada seorang ibu serta wanita jahat.

“Kalau dulu memang seksi habis. Selagi boleh nampak dan menonjol, selagi itu Zila akan buat, tetapi sekarang sudah kurang sikit sebab watak pun lebih kepada ibu, jadi elemen seksi itu sudah kurang” katanya.

Mengaku dirinya mengambil suntikan kecantikan, Zila bagaimanapun kesal atas perubahan wajahnya.

“Zila buat muka empat tahun lalu, tetapi sekarang tidak lagi. Memang kini Zila menyesal kerana terlampau mengikut orang. Sekarang, bila Zila tengok balik, wajah Zila dulu lagi cantik,” katanya.

sumber : http://sentiasapanas.blogspot.com/2012/12/suami-suka-saya-seksi-zila-bakarin.html

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog