D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Disember 2012

Ibu Suruh Cerai Isteri -Kisah Benar



HUBUNGAN saya dengan ibu mentua kian renggang selepas saya tersinggung dengan sikapnya yang pernah me�ngatakan dia membenci saya sehingga menyuruh anaknya menceraikan saya?
Peristiwa itu menyebabkan saya tidak mahu lagi pulang ke kampung kerana tidak mahu berjumpanya lagi. Berdosakah saya jika membenci sikapnya itu?

RUHANA,
Kedah




SETIAP Muslim mesti memahami yang Islam sangat menitik berat hubungan silaturahim. Sikap membenci dan memutuskan hubungan dilarang sekali dalam Islam.

Sekiranya berlaku per�selisihan, mereka hendaklah didamaikan dan tali persaudaraan perlu dihubungkan kembali. Allah berfirman, maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. (Surah al-Hujurat ayat 10)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan”. (Hadis riwayat Muslim)

Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim”. (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Menghubungkan silaturahim banyak manfaatnya antaranya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda hendaklah memaafkan ibu mentua yang pernah terlanjur kata itu kerana sebagai menantu, kita perlu hulurkan tangan kemaafan kepada mentua.

Jangan simpan rasa benci dan dendam terhadapnya. - SUMBER

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog