D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

21 Disember 2012

Tanda-Tanda Besar Hari Kiamat Tiba Menurut Islam


Hari ini Jumaat penghulu segala hari, tanggal 21-12-2012 menurut kalendar kaum Mayan, kononnya akan berlaku Hari Kiamat (Mayan Doomsday). Maka ramailah pihak yang mula panik dengan perkhabaran ini. Ada pihak di negara ini (link) menjadi panik sehingga mengisytiharkan beberapa sekolah bakal ditutup sebagai langkah berjaga-jaga kononnya.

Sebagai seorang muslim yang beragama islam kita wajib melihat tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam,  yakni suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar bakal berlakunya Hari Kiamat :
  • Hijaunya bumi Arafah.
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan Sangkakala pertama, kedua

NOTA : Sebagai seorang islam, kita wajib mempercayai tanda-tanda besar tersebut. Ada di antara tanda-tanda besar Hari Kiamat tersebut telahpun berlaku, cuma mungkin sebahagian kita tidak perasan. Tetapi seandainya tidak kesemua tanda-tanda besar tersebut berlaku, maka tidaklah akan berlaku Hari Kiamat lagi. Kita juga wajib mempercayai Hari Kiamat adalah rahsia Allah, dan Allah sahajalah yang mengetahuinya, wallahualam.-SUMBER

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog