D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

20 Disember 2012

pompuan mengandung pun dia nak cabul



Seorang pembantu bengkel dituduh mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan dalam kejadian dekat Taman Patani Jaya 3 Disember 2012.

Tertuduh, Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28, dari Pengkalan Lebai Man dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam akibat melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita hamil dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Muhamad Saiful didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Beh Soo Yin, 23, kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani.

Akibat tindakan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.

Jaminan RM6,000 yang ditawarkan mahkamah diminta dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak di samping masih menanggung kedua ibu bapa.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM4,500 dengan seorang penjamin.

Intan Nurul Farena bagaimanapun menetapkan 9 Januari 2013 sebagai sebutan semula kes.SUMBER TEKS

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog