Oleh Atrh K. Jsf. Foto dan sumber oleh Murai
Portal hiburan Murai melaporkan, Dato' Sri Khalid
bin Mohamad Jiwa atau juga dikenali sebagai Datuk K ditimpa kemalangan
sewaktu dia menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama sahabatnya di
Queenstown, New Zealand. Berita kemalangan ini disampaikan sendiri oleh
kakak Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa kepada murai.com.my.
Menurut beliau, Datuk K berada di dalam keadaan stabil tetapi rawatan lanjut masih diteruskan kerana khuatir berlakunya kecederaan dalaman kerana ada beberapa bahagian di badannya itu patah termasuklah di bahu. Dalam masa yang sama, isteri Datuk K, Dato' Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Indonesia semalam, menarik diri berikutan kemalangan yang menimpa suami tercinta.
Siti nyata terkejut apabila mendapat berita malang tersebut melalui kakak iparnya, Datin Zaiton. Persembahan ketiga yang berlangsung di Banjarmasin, Indonesia itu turut menampilkan artis-artis lain seperti Rossa, Amy Search, Shila Amzah, Ungu, Armada, Inka Christie dan TiTi DJ.
Datin Zaiton, Siti dan seorang ahli keluarga angkat iaitu Datuk Yahya, bakal berangkat ke Queenstown pada 12 tengahari ini. Kami berharap agar keluarga Datuk K tabah menghadapi dugaan dan berdoa kesihatan Datuk K kembali pulih segera.-SUMBER