Wanita berusia 40-an itu mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan
hasil hubungan haram itu, namun kini insaf selepas menyedari kekasih
gelapnya itu hanya menjadikannya alat pemuas nafsu.
Malah, dia yang mahu dikenali sebagai Ros berkata, lelaki itu sering
memukulnya hingga hidungnya patah akibat dipijak dan wangnya juga
dikikis sehingga puluhan ribu ringgit termasuk untuk membeli kereta.
Menurut Ros, penyesalannya semakin mendalam selepas anak lelaki yang
berusia 10 tahun mengetahui perhubungan terlarangnya itu dan
menasihatkannya meninggalkan lelaki terbabit.
“Tambahan pula, kini lelaki itu sudah meninggalkan saya dan menjalin hubungan dengan perempuan lain. Jadi, terbukti dia bukan mahu menjadikan saya isteri keduanya seperti dijanjikan. SUMBER Harian Metro