Jika membuang air kecil, saya rasa sakit tersekat di salur air kencing. Namun jika berehat, baring dan tidur ia pulih serta-merta, tetapi bila zakar kembali tegang ia sakit semula.
Apakah masalah sebenarnya? Saya ingin melangsungkan perkahwinan tetapi masalah ini membuatkan saya risau.
MAT
Anda menyatakan kerap mengalami ereksi untuk jangkamasa panjang ketika berasa ghairah dan lepas itu, ia masih dalam keadaan separa erek dan anda terasa sengal di bahagian bawah tulang belakang dan di keseluruhan anggota kelamin.
Perasaan itu hilang atau kurang apabila anda rehat atau tidur. Anda tidak menyatakan sama ada sudah cuba melegakan tekanan di kawasan anggota kelamin dengan onani seperti biasa dilakukan sebilangan lelaki apabila teruja seksual dan mengalami ‘kongesion’ atau kekembangan bahagian anggota kelamin.
Bagaimanapun, jika onani kerap dilakukan, anda terasa letih, lesu, otot belakang kejang, mengantuk seperti tidak cukup tidur, kencing tidak lancar atau sakit dan pelbagai masalah lain.
Pendek kata, perubahan yang anda alami ialah akibat rangsangan seksual. Teruja seks, maka ereksi berlaku. Ereksi kekal dengan takungan darah dalam otot zakar, maka otot zakar separa keras ketika anda tidak kemut.
Ketika mahu membuang air kecil, ereksi masih kekal sedikit, maka jalanan air kencing dalam salur sempit menyakitkan salur kencing seketika.
Semua tekanan ini hilang selepas tidur atau baring. Sebenarnya fenomena yang anda alami jarang berlaku iaitu ‘blue balls’ atau ‘buah zakar lebam’.
Ini kerana takungan darah yang banyak dalam buah zakar, pundi prostat, otot zakar dan sakit buah zakar serta hujung tulang tungking/belakang akibat kemasukan darah banyak di kawasan anggota kelamin akibat rangsangan seksual.