Beliau yang juga duta Aqsa Syarif menyertai delegasi berkenaan ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.
"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.
"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya menerusi akaun laman Facebook miliknya.
Sementara itu, menceritakan pengalaman pertama kali ke wilayah Gaza itu, delegasi tersebut terpaksa melalui saat mencemaskan apabila kenderaan mereka menjadi sasaran pesawat pejuang Israel melepaskan peluru berpandu F-16.
"Alhamdulillah, kami semua selamat dan meneruskan misi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Malah kami turut menziarahi kanak-kanak yatim piatu dengan menghibur dan mengajar mereka cara-cara untuk melukis dan belajar Bahasa Inggeris.
"Rasa macam tak nak balik. Kanak-kanak itu mahu kami datang setiap hari untuk mengajar mereka," tuturnya.
Antara artis yang turut bersama Afdlin dalam misi tersebut termasuk Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke negara itu sejak Isnin lalu selama seminggu. Menurutnya antara bantuan yang diberikan ialah menyediakan hidangan makanan panas serta mengagih-agihkan barangan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada keluarga yang kehilangan rumah.
sumber : http://busuk.org/ping/view/391275
- http://mstar.com.my