Jan tidak pernah sekalipun mengesyaki sesuatu sejak hidup bersama selama 19 tahun. Apa tidaknya, mereka melakukan hubungan seks biasa sahaja dan tidakpun mencurigai sesuatu. Malah kitaran haid Monica berjalan secara normal seperti wanita lain. Mereka memang sudah berpakat untuk tidak inginkan anak kerana Jan sudah mempunyai 2 orang anak hasil 2 perkahwinan sebelumnya.
Masalah ini mula timbul setelah Monica mula bekerja sepenuh masa dan ditemui oleh anak lelaki Jan di kelab malam dengan pakaian yang menjolok mata. Jan pula dikatakan telah menemui surat cinta dari lelaki lain didalam komputer milik isterinya. Dalam masa yang sama, anak lelaki Jan juga pernah dengar khabar angin yang mengatakan ibu tirinya itu dahulunya seorang lelaki dan menjalani pembedahan menukar jantina.
sumber ; http://www.bukusemasa.com/2012/11/19-tahun-kahwin-baru-tahu-isterinya.html