Seorang wanita berusia
37 tahun dari Gothenburg, Sweeden kini ditahan pihak berkuasa negara itu
kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan rangka manusia. Siasatan
polis menunjukkan dia menggunakan 100 tulang manusia, termasuk enam
tengkorak dan satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti seksnya.
Menurut laporan agensi
berita Sweeden, TT, pihak polis telah menjumpai beberapa buah cakera
padat (CD) yang bertajuk ‘My Necrophilia’ dan ‘My first experience’
serta beberapa keping gambar wanita itu bersama dengan
tengkorak-tengkoraknya. Wanita tersebut telah didakwa di Makhamah Daerah
Gothenburg semalam.
Bagaimanapun, dia telah
menafikan segala pertuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan alasan
bahawa dia bertindak mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai ‘koleksi
sejarah’ semata-mata.
Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah menulis dalam forum internet beberapa tahun lalu bahawa;
” Moral saya hanya
menghadkan apa yang saya ingin lakukan, justeru saya akan terima apa
sahaja yang akan dikenakan terhadap saya.”
Beberapa keping gambar
yang diambil dari bilik mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut
disamping beg-beg membungkus mayat dan juga sebuah mesin gerudi. Namun,
pihak polis masih tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa
dia telah menggali mana-mana kubur untuk mendapatkan ‘koleksi
sejarahnya’ itu.
Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.
” Terdapat beberapa
keping gambar menunjukkan wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,”
kata pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas kepada akhbar The Local
di Sweeden.
“Kami dapati bahawa
wanita itu adalah wanita yang sama seperti dalam gambar-gambar
berkenaan, namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu bukanlah gambarnya.
” Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar-gambar itu menerusi internet.”