D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

11 Disember 2012

Apa Nak buat Bila berhadapan Dengan kemalangan

boleh dilakukan bila berhadapan dgn kemalangan...


KEMALANGAN JALAN RAYA.
• Beri amaran kepada lalulintas.

- Letakkan tanda amaran tigasegi “red warning triangle” 90 meter dari tempat kejadian.
- Beri amaran kepada kereta yang lalulalang.

• Hubungi pihak Polis, Ambulans atau JabatanPertahanan Awam.

- Nyatakan tempat kejadian dan jumlah mangsa.
- Beritahu berapa orang yang tercedera.

• Tindakan yang patut diambil.

- Matikan enjin kereta untuk mengelakkan terjadinya letupan. (jika kereta tersebut terbakar, jarakkan diri).
- Tarik brek tangan kereta.
- Jangan merokok di tempat kemalangan. Dikhuatiri terdapat kebocoran tangki minyak.
- Periksa mangsa kalau sedar, tenangkan mangsa kalau sedar.
- Buat penilaian segera ke atas mangsa.
- Rawatlah mangsa dalam kedudukan yang anda temui mereka.
- Tunggu sehingga bantuan sampai.
- Hubungi 999 Pertahanan Awam.

* Jangan alihkkan mangsa kecuali betul-betul perlu. Dikhuatiri mangsa mengalami Konkusi (gegaran). Perbuatan mengalihkan mangsa boleh menambahkan risiko kecederaan mangsa.

Kalau anda tidak tahu apa yg perlu dilakukan..ikut lah tips yg telah sy kongsikan tadi..semoga lepas nie akan berkurang lah org yg tolong tengok time kemalangan...andai keluarga anda atau anda sendiri terbabit dalam kemalangan dan org rmai hanya tolong tengok...APAKAH YANG AKAN ANDA RASA????????

tepuk dada,tanyalah iman..sama-sama kita fikirkan dan sama-sama kita kongsi tips ini..semoga tips ini akan berguna pada kita..

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog