D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

2 Jun 2013

tidur bertemankan ular


2 Jun 2013
Tidur berteman ular
Anggota JPAM Kerian menunjukkan panjang ular senduk yang ditangkap.
Tidur berteman ular
Anggota JPAM Kerian bertungkus-lumus menangkap ular senduk yang berada di bilik tidur rumah pengadu di Kampung Keramat.
BAGAN SERAI - Dua beranak tidak menyedari tidur mereka ditemani seekor ular senduk yang melingkar di bawah katil sehinggalah salah seorang dari mereka mendengar bunyi dengus yang kuat dalam kejadian di Kampung Keramat, di sini kelmarin.

Saksi kejadian, Mas Saifuddin Tajuddin, 27 memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang dalam bilik utama rumahnya sewaktu isteri dan anaknya sedang tidur di atas katil.

Mas Saifuddin berkata, semasa kejadian anaknya yang berusia empat tahun mendengar bunyi dengus dari bawah katil dan didorong rasa ingin tahu, kanak-kanak itu menyelak kain cadar di bahagian sisi katil.

"Anak saya terkejut melihat satu objek hitam seakan-akan ular di bawah katil. Nasib baik anak saya tak panik dan perlahan-lahan mendapatkan isteri saya yang masih tidur ketika itu.

"Bila mengetahui seekor ular berada di bawah katil, isteri saya segera bawa anak saya keluar dan menutup pintu bilik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mas Saifuddin berkata, dia bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja setelah menerima panggilan telefon daripada isterinya yang memaklumkan perkara itu.

Katanya, setelah mengesahkan haiwan berbisa itu memang berada di dalam bilik, dia segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian untuk bantuan.

"Selepas pasukan JPAM Kerian diketuai Koperal Hashim Latib sampai ke rumah kami, mereka telah keluarkan barangan berharga dari bawah katil dan seorang anggota membawa kami sekeluarga keluar dari rumah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Latihan dan Operasi JPAM Kerian, B Sugumaran memaklumkan pasukannya mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap ular senduk sepanjang 2.5 meter dengan berat tiga kilogram berikutan tindak balas agresif haiwan berbisa itu.

Menurutnya, salah seorang anggota JPAM hampir menerima padah daripada tindakan agresif ular berkenaan tindakan pantas dan bijak seorang lagi anggota mengalihkan kedudukan ular berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

"Kami nasihatkan penduduk, terutama yang tinggal berdekatan kawasan sawah padi berhati-hati dengan ancaman ular senduk memandangkan sekarang ini musim kemarau. cuaca sebegini menggalakkan haiwan berbisa ini keluar mencari habitat baru yang lebih sejuk.

"Sekiranya berlaku kes-kes sebegini kita nasihatkan orang ramai segera menghubungi JPAM Kerian melalui nombor kecemasan 999 atau melalui talian tetap kami, 05-7210439," katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/tidur-berteman-ular-1.166678

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog