D

https://bob0195992492.blogspot.com/2020/10/beg-celoreng.html?m=1

10 Jun 2013

Black dan tunang disihir


CABARAN alam pertunangan yang sedang dilalui menjadikan Black lebih berhati-hati.
PENYANYI Black yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun ini tidak menafikan cabaran ketika alam pertunangan sememangnya begitu mendebarkan.
Pelbagai kejadian tidak diingini berlaku terhadap dirinya semenjak melangsungkan pertunangan dan terbaru, Black mendedahkan hubungannya dengan bakal isteri mengalami masalah akibat perbuatan sihir.
Mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan sejak Januari lalu dengan wanita dikenali Cirakhairi, menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, didalam mengelakkan kejadian yang lebih teruk dia dan tunangnya segera mendapatkan khidmat perubatan secara Islam.
"Memang ketika berlaku itu hubungan kami sentiasa panas, ada saja yang tidak kena. Malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, kami berdua juga seperti tidak mempunyai perasaan di antara satu sama lain lagi.
"Akhirnya, kami buat keputusan untuk pergi berubat dan mendapatkan khidmat perubatan secara Islam.
"Awalnya terkejut juga sebab ketika mendapatkan bantuan kami diberitahu ia memang perbuatan sihir oleh pihak-pihak tertentu. Namun saya diberitahu apa tujuan dan siapa orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana apa yang penting ialah fokus kepada perubatan itu sendiri," katanya kepada Hits.
Menurut Black, dia menganggap itu semua sebagai satu cabaran dalam alam pertunangan dan berusaha untuk sentiasa membaiki kekurangan dalam perhubungan mereka.
Enggan menjelaskan lebih lanjut persiapan perkahwinan yang dirancang, menurut Black semua persoalan tersebut akan dijawab pada sidang media khas yang akan diadakan pada bulan depan.
Dia juga kekal dengan keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan identiti tunangannya kepada umum, sebelum mereka diijabkabulkan tidak lama lagi.
"Keputusan itu saya yang buat. Tunang saya tiada masalah, tetapi saya fikir adalah lebih baik dia tidak terlalu ke depan kerana ia tidak baik untuk hubungan kami.
"Apa juga keputusan saya, dia setuju dan sehingga kini, segalanya berlangsung dengan baik. Segala cabaran yang datang, kami berjaya tempuhinya dan kekal di alam pertunangan," kata Black.
Sebelum ini, penyanyi hitam manis ini telah terlibat dalam kemalangan di Behrang, Perak. Kejadian pada 3 Jun itu berlaku ketika Black dalam perjalanan ke Pulau Pinang.
"Kereta saya agak teruk dan kerugian ribuan ringgit. Bagaimanapun saya bersyukur masih bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," beritahu Black lagi.

SUDU

https://bob0195992492.blogspot.com/2021/01/rm35-set-sudu-bercop-1945.html

Arkib Blog