Harun Awang Besar, 69, berkata, setiap kali menulis, dia terpaksa memusing buku, agar rakan-rakannya dapat membaca tulisannya dengan baik.
Menurutnya, dia mula menyedari mempunyai kebolehan ini sejak di bangku sekolah, iaitu pada tahun 1951 lalu.
“Kawan-kawan dan guru saya ketika itu, tak mengusik sebaliknya memahami masalah yang saya hadapi.
“Saya bukan sahaja menulis nombor dan huruf, malah tandatangan juga akan dibuat secara terbalik,” katanya.
Namun, berbeza pula ketika menulis tulisan jawi kerana dia dapat menulis dengan baik, tanpa perlu menterbalikkan buku tersebut.
Meskipun beberapa anaknya kidal namun Harun berkata, mereka tidak mempunyai kebolehan sepertinya.
“Saya dah periksa dengan doktor, namun mereka kata saya tidak mempunyai sebarang penyakit.
“Ini kerana, saya dapat membaca dengan baik, tanpa menterbalikkan buku tersebut terlebih dahulu,” katanya, semalam.
SUMBER : http://www.sinarharian.com.my/harun-tulis-terbalik-1.170492